Kenapa Jin Suka Bersembunyi Di dalam Hidung Manusia?

Selalu kita dengar bahawa jin dan syaitan masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah dan melalui mulut. Ketika menguap, kita diingatkan untuk menahan diri supaya tidak menguap dengan mulut yang ternganga luas atau lebih senang menutup mulut sewaktu kita menguap, agar jin dan syaitan tidak dapat masuk ke dalam tubuh kita.

Abu Said berkata, Rasulullah bersabda, “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup).” (HR. Muslim). Itu tentang mulut tetapi tahukah anda ada bahagian tubuh lain yang sangat disukai oleh jin dan juga syaitan untuk bersembunyi dan duduk di bahagian tubuh tersebut. Jawapannya adalah hidung.

hidung

Kenapa jin dan syaitan suka bersembunyi di bahagian hidung manusia? Persoalan ini telah dijawab oleh Syeikh Ibnu Muflih, beliau menjelaskan bahawa hidung tidak mempunyai fungsi sebenar untuk mengingat atau beribadah kepada Allah. Beliau dan sebagian ulama bersepakat menyatakan bahawa hidung sangat jauh daripada nilai-nilai ibadah, ia sangat berbeza dengan mata, telinga atau mulut seorang hamba yang boleh dijadikan sebagai alat yang sangat efektif untuk sentiasa beribadah kepada Allah yang Esa.

Mata menjadi pintu untuk mengambil pelajaran dan memahami pengajaran, melalui pemahaman tersebut manusia menjadi berfikir kemudian tergerak untuk sentiasa bersyukur. Lantas dapat memanfaatkan waktunya untuk selalu berzikir kepada Allah dengan mulutnya. Telinga pula dapat digunakan untuk beribadah kepada Allah, baik dengan mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran, mendengarkan suara-suara haiwan atau fenomena alam, sehingga meningkatkan iman, atau mendengarkan forum agama, atau kalimat zikir yang boleh semakin mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah sang Pencipta.

wuduk

Maka dengan itu, wajarlah apabila Rasulullah SAW berpesan, “Apabila salah seorang di antara kamu bangun dari tidur. Hendaklah berwudhu dan menghirup air dengan hidung, lalu mengeluarkannya lagi, sebanyak tiga kali.” Justeru kita harus ingat pesanan Nabi SAW ini ketika bangun tidur supaya dapat mengelakkan jin dan syaitan dari bersarang dalam tubuh badan kita.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here