Kemaluan Suami Dipotong Akibat Curang

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Berita ini dipetik dari sebuah tabloid negara gajah putih atau lebih dikenali sebagai Thailand. Menurut berita dari tabloid itu, seorang isteri di Pattaya Thailand nekad memotong alat sulit suaminya sendiri selepas mendapat tahu mengenai kecurangan suaminya dengan kawan rapat wanita tersebut.

Peristiwa sadis ini berlaku pada 7 Jun tahun lepas, sekitar lebih kurang pukul lima petang waktu tempatan. Pada waktu kejadian, lelaki terbabit yang berusia 41 tahun dan isterinya yang berumur 39 tahun berada di rumah kedai tempat mereka berniaga makanan.

Dipetik dari laman Weirldnews, si suami berasal dari Bangkok, manakala isterinya pula berasal dari Kamphaengphet. Sebelum terjadinya peristiwa berdarah ini, si isteri tersebut telah dapat menghidu mengenai hubungan asmara yang terjalin di antara suaminya dengan sahabat baiknya sendiri. Disebabkan sakit hati atas perbuatan pasangannya, dia menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam.

potong

Seperti yang dilaporkan oleh ThaiVisa, iaitu sebuah laman web yang melaporkan berita dari negara Thailad, pada awalnya si isteri sengaja untuk menggoda suaminya hingga berasa nyaman dan terlena. Akhirnya, ketika suaminya terangsang dan alat sulitnya mulai tegang akibat terangsang, si isteri tersebut mengambil pisau yang disembunyikannya di bawah bantal dan memotong organ penting tersebut.

Sejurus selepas alat sulitnya dipotong, si suami terus menjerit kesakitan. Serentak dengan itu, darah membuak-buak keluar membasahi seluar lelaki itu. Bukan itu sahaja, malah darah juga turut membasahi tilam yang mereka gunakan untuk tidur. Panik melihat keadaan suaminya yang parah, si isteri terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan tentang apa yang berlaku dan meminta khidmat ambulans.

potong kemaluan

Ketika ambulans sampai di tempat kejadian, lelaki itu sudah berada di luar rumah kedainya sambil memegang plastik berisi ais yang ditekapkan ke bahagian alat sulitnya yang telah terpotong untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan kesakitan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banglamung. Isterinya turut sama menghantar suaminya ke hospital dengan ambulans tersebut. Doktor yang bertugas untuk menangani kes ini mengatakan bahawa lelaki itu kehilangan banyak darah namun masih boleh diselamatkan kerana cepat dibawa ke hospital. Jika terlambat, mungkin nyawanya akan melayang.

potong alat kelamin

Walaupun diasak dengan pelbagai pertanyaan khususnya daripada para wartawan, doktor tersebut menolak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai keadaan pesakit, terutamanya pertanyaan yang berkaitan dengan adakah organ vital lelaki itu dapat berfungsi semula atau tidak.

Kepada anda suami-suami di luar sana, jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Jadilah seorang suami yang setia dan jangan sesekali cuba untuk mencurangi isteri anda jika tidak ingin menerima nasib yang sama seperti lelaki di dalam berita ini kerana wanita sering bertindak mengikut emosi berbanding akal yang waras.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.