Kelebihan Unik “Vampire” Dan Kelemahannya

Artikel ini merupakan kesinambungan daripada artikel bertajuk Drakula “Vampire” Si Penghisap Darah. Jika anda tertinggal artikel tersebut, anda boleh klik pada pautan ini untuk membaca artikel Drakula “Vampire” Si Penghisap Darah.

vampire

Penampilan Vampire adalah seperti manusia biasa. Walau bagaimanapun, mereka semua mempunyai ciri-ciri yang sama seperti gigi taring yang panjang dan tajam yang muncul dari gusi mereka dan panjangnya melebihi gigi manusia. Set gigi taring ini boleh keluar sesuka hati Vampire, biasanya ketika hendak makan, semasa berasa terancam atau ketika menyerang. Beberapa Vampire dikatakan mempunyai kuku yang tajam, tetapi tidak sepanjang kuku Vampire Alfa yang lebih menyerupai cakar dan boleh dipanjangkan pada bila-bila masa sahaja.

vampire

Darah Vampire Alfa yang mengalir di dalam urat saraf mereka memberikan Vampire banyak kebolehan yang unik. Dari segi kekuatan, Vampires mempunyai kekuatan yang lebih besar daripada manusia. Vampire muda mengalami peningkatan yang hebat dalam kekuatan fizikal. Mereka boleh mengangkat objek yang berat dan mengalahkan manusia dewasa dengan mudah. Vampire yang lebih tua, bagaimanapun, boleh mengalahkan pembuat mereka sendiri dan makhluk lain. Ini bermaksud semakin meningkat usia Vampire, semakin bertambah kekuatan mereka.

Vampire mempunyai satu set gigi taring yang boleh ditarik masuk ke dalam gusi. Itulah sebabnya mengapa Vampire sukar dibezakan dengan manusia biasa. Gigi Vampire sangat kuat dan boleh merobek terbuka leher manusia dan meninggalkan tanda gigitan yang besar pada mayat mangsa yang ia telah makan. Kelajuan Vampire adalah lebih pantas daripada manusia. Ada kemungkinan bahawa kelajuan Vampire, sama juga seperti kekuatan, boleh meningkat dengan pertambahan usia mereka.

vampire

Vampires juga mempunyai ketangkasan yang menakjubkan. Mereka boleh memanjat dinding dan melompat dari bangunan tanpa mencederakan diri mereka sendiri. Vampire juga mempunyai refleks yang lebih pantas daripada manusia. Vampires mempunyai deria yang lebih hebat berbanding manusia. Mereka boleh melihat di dalam gelap, mendengar degupan jantung manusia, dan memiliki deria bau yang sangat sensitif. Seorang Vampire boleh mengesan darah manusia pada jarak yang jauh. Seperti kekuatan mereka, deria mereka juga seolah-olah meningkat dengan pertambahan usia.

vampire

Vampires berpotensi untuk hidup selama-lamanya. Mereka tidak akan menjadi tua dan mereka juga tidak akan diserang penyakit konvensional yang menjangkiti manusia. Vampires tidak boleh dibunuh dengan kaedah biasa, seperti tikaman atau tembakan kerana Vampire mempunyai ketahanan yang melampau kepada kesakitan. Dari segi kuasa penyembuhan semula pula, selagi mereka mempunyai bekalan darah manusia yang mencukupi sebagai makanan, Vampire boleh menyembuhkan sebarang luka dengan cepat kecuali luka yang melibatkan pemotongan anggota badan.

Vampire mempunyai stamina yang tinggi. Walaupun mereka berada dalam keadaan kelaparan, Vampire tidak mudah merasa letih. Vampire juga boleh bergerak dengan cara yang senyap tanpa sebarang bunyi. Mereka boleh muncul di belakang mangsa mereka tanpa disedari. Seperti makhluk ghaib yang lain, Vampire mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri yang boleh dieksploitasi oleh pemburu untuk mengalahkan mereka.

vampire

Terdapat beberapa cara untuk mencederakan dan menghalau Vampire. Contohnya, darah orang mati boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk melemahkan Vampire buat sementara waktu. Cahaya matahari pula boleh menyebabkan kesakitan untuk Vampire. Walaupun cahaya matahari boleh menyakiti mereka, ia hanyalah seperti selaran matahari yang teruk dan bukannya membawa maut. Atas sebab ini, Vampire hanya keluar terutamanya pada waktu malam, dan tidak akan keluar ketika matahari masih di kaki langit. Mereka juga tidak selesa dengan lain-lain jenis cahaya , kerana kepekaan Vampire terhadap cahaya adalah sangat sensitif.

vampire

Pemotongan kepala adalah kaedah yang paling biasa digunakan untuk membunuh Vampire, sejak lama dahulu pemotongan kepala dianggap sebagai satu-satunya kaedah untuk membunuh Vampire. Kepala Vampire tidak semestinya perlu dipotong, cukup dengan hanya melakukan kerosakan yang mencukupi seperti membakar turut berkesan sebagai salah satu kaedah untuk membunuh Vampire namun cara ini agak lebih rumit.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here