Kelar Dan Tikam Isteri Akibat Bisikan Halus

Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai dikelar dan ditikam berkali-kali oleh suaminya sendiri selepas berlaku pertengkaran di kediaman mereka, dalam kejadian di Jalan Mahsuri, Kampung Ulu Pandan kira-kira jam 10.00 pagi pada hari kejadian. Suspek yang juga suami kepada mangsa mendakwa terdengar suara halus yang menyuruhnya bertindak sedemikian.

Bagaimanapun insiden yang menimpa mangsa yang bernama Noraini Abdul Rahim, 43, hanya disedari oleh anak sulung mangsa yang berumur sembilan tahun selepas empat jam kemudian iaitu kira-kira jam 2.00 petang selepas pulang dari sekolah. Kanak-kanak tersebut terkejut apabila telah menjumpai mayat ibunya dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.

kelar isteri

Menurut pelajar tersebut, adiknya yang berusia lima tahun memberitahu bahawa ibu dan bapa mereka (suspek) bergaduh pada sebelah pagi dan tidak lama kemudian melihat suspek menikam mangsa menggunakan sebilah gunting.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Sulaiman Salleh, berkata kanak-kanak terbabit terus membawa adiknya yang berumur lima tahun ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 20 meter daripada kediaman mereka bagi memaklumkan tentang kejadian terbabit.

Menurut ACP Sulaiman Salleh, jiran memberitahu terdapat pergaduhan yang berlaku di antara pasangan suami isteri terbabit sebelum kejadian itu berlaku. Namun tidak diketahui punca yang mencetuskan pergaduhan itu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu juga memberitahu bahawa pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 2.26 petang berhubung keadaan mangsa sebelum ke lokasi kejadian yang melaporkan bahawa “Ada orang terbaring berdarah macam kena bunuh”.

kelar isteri

“Siasatan awal mendapati jiran mangsa telah mendengar pergaduhan di rumah mangsa sekitar jam 10 pagi. Pergaduhan disyaki antara suami (suspek) dan isteri (si mati) tanpa diketahui puncanya. “Bagaimanapun, jiran menganggap ia hanya pertengkaran biasa antara suami isteri dan tidak menghiraukan insiden tersebut,” kata Sulaiman dalam satu kenyataan yang diberikan kepada wartawan tempatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, berkata lagi dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. “Hasil siasatan awal mendapati terdapat luka hasil kelaran pada bahagian leher mangsa dan tikaman pada dada sebelah kiri bahagian hadapan serta beberapa tikaman di bahagian belakang.

“Berdasarkan pengamatan, pihak polis percaya mangsa telah dikelar terlebih dahulu sebelum ditikam beberapa kali di bahagian badan mangsa,” kata Sulaiman. Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang suspek yang juga suami mangsa berusia 35 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit pada pukul 3 petang di Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda lebih kurang 15 kilometer dari tempat kejadian.

suspek kelar isteri

“Hasil soal siasat, suspek telah membuat pengakuan awal membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau yang telah dicuci dan diletakkan semula di dapur tempat kejadian. Suspek juga mengaku menikam isterinya dengan menggunakan gunting,” kata beliau.

Polis mendapati motif utama suspek bertindak sedemikian kerana dipercayai mendengar bisikan-bisikan halus untuk membunuh isterinya, kata Sulaiman. Sulaiman berkata, suspek terbabit ditahan reman selama tujuh hari dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.