Jenazah Arwah Nenek Pulang Ke Rumah

Kisah ini sebenarnya dah berlaku lama dah, tapi aku nak berkongsi tentang kisah ini sebab ia memang seram bagi aku dan tidak mungkin aku dapat lupakan. Kisah ini berlaku pada makcik aku dan aku.

Makcik aku ni sibuk sikit orangnya, banyak kerja. Jadi, aku pulak terpaksalah tinggal kat rumah dengan nenek. Umur nenek aku ni dah tua, umur pun dah mencecah 89 tahun. Disebabkan usianya yang telah lanjut, dia ada macam-macam penyakit. Biasalah kan, orang tua.

Satu hari ni, nenek aku dah penat sangat dah sampai kena tahan wad di hospital. Makcik aku pun datang dan terus bertanya pada aku yang tengah menunggu di luar, “Along, apa dah jadi kat nenek?”. Aku pun jawablah yang nenek dah penat sangat.

Tak lama lepas tu, doktor pun keluar dan beritahu kami bahawa nenek ada masalah pernafasan. Aku dan makcik aku sangat terkejut. Aku yang berdiri tadi terus terduduk dan kaku. Lepas itu, aku pun terus masuk ke dalam wad dan cium nenek yang aku sayang. Hari pun berlalu macam biasa.

Selepas beberapa hari berada di wad, ketika makcik aku dan aku datang melawat nenek dia ada bagitau kami yang dia nak mati kat rumah dia, dia tak nak mati kat hospital tu. Makcik aku berusaha menenangkan nenek dan berkata, “Mak dah lah tu, jangan fikir benda yang bukan-bukan”. Aku yang berada di sebelah katil hanya mampu diam sahaja.

Pada hari lain pun nenek aku masih cakap benda yang sama, yang dia nak mati kat rumah dia. Dia tak nak mati kat hospital. Selama 10 hari berturut-turut nenek aku cakap perkara yang sama. Sampailah pada hari yang ke sebelas iaitu pada hari dia dah nak meninggal. Sebelum meninggal, dia sempat bagitau pada makcik aku, “Nak, sampai hati kau buat mak macam ni. Mak akan balik semula ke rumah mak!!”.

Aku sendiri pun terkejut mendengar kata-kata nenek aku tu. Tak sangka sampai macam tu sekali dia nak balik ke rumah. Tak lama kemudian, nenek aku pun meninggal dunia. Aku berlalu masuk ke dalam bilik air dan terus menangis di situ. Dalam fikiran aku terkenang betapa baiknya nenek menjaga dan melayan aku selama ni. Pagi-pagi lagi sebelum aku bangun tidur dialah yang buatkan sarapan untuk aku. Aku memang betul-betul manja dengan nenek kerana aku dijaga olehnya sejak dari kecil lagi.

Selepas jenazah nenek selamat dikebumikan, tinggallah aku berdua dengan makcik aku. Makcik aku ni tak berani nak bagi aku duduk di rumah seorang diri, jadi aku pun kenalah ikut dia pergi kerja. Awal-awal pagi lagi aku dah kena bersiap untuk ikut makcik aku pergi kerja dengan lif rosaknya. Sebelum aku terlupa, rumah yang aku tinggal ni rumah flat tingkat lima. Sementara menunggu makcik aku habis kerja, aku habiskan masa dengan main game. Aku masih ingat, waktu ni umur aku baru masuk 13 tahun. Tengah cuti sekolah waktu tu.

Jenazah Arwah Nenek Pulang Ke Rumah

*gambar hiasan

Hari pun macam biasa, aku dan makcik aku berulang-alik dari rumah ke pejabat makcik aku. Pada satu hari ni, makcik aku kena balik lambat sampai pukul sebelas malam jadi aku tunggu jelah dia dalam kereta. Habis je kerja makcik aku ni terus masuk kereta dan memandu pulang ke rumah seperti biasa. Sampai je kat rumah, aku mandi-mandi siapkan diri dan tengok televisyen di ruang tamu. Kemudian, makcik aku tegur, “Dah-dah lah tu tengok tv Along. Pergi masuk tidur, esok nak bangun awal”.

Tanpa sebarang bantahan, aku pun terus bangun menutup televisyen walaupun tengah layan citer best masa tu. Ketika kaki aku hendak melangkah masuk ke dalam bilik, tiba-tiba aku dan makcik aku terdengar seperti ada orang mengetuk cermin tingkap. Kami berpandangan sesama sendiri sebab rumah kami kan terletak kat tingkat lima, logiknya mana mungkin ada orang yang boleh ketuk cermin tingkap rumah kami.

Tetapi apabila kami tengok ke arah cermin tingkap alangkah terkejutnya kami apabila terpandang ada hantu pocong yang wajahnya sama dengan arwah nenek aku namun lebih mengerikan. Kulit mukanya sedikit terkoyak dan dari luka koyakan itu mengalir keluar nanah serta berulat. Pocong itu menghantukkan kepalanya pada cermin tingkap. Ketika itu baru aku teringat bahawa nenek aku pernah berkata yang dia akan balik semula ke rumahnya.

Tanpa membuang masa lagi, sepantas kilat makcik aku terus menarik tangan aku masuk ke dalam bilik. Buat sementara waktu, aku tidur ngan makcik aku. Selepas kejadian itu, aku dan makcik aku membuat bacaan yassin dan tahlil untuk arwah nenek.

Namun begitu, aku dan makcik aku percaya bahawa pocong yang datang mengganggu kami itu bukanlah arwah nenek kerana roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan dapat kembali semula ke dunia ini. Sebaliknya itu adalah jin ifrit yang berusaha mengganggu dan menakut-nakutkan setiap manusia dengan menjelma sebagai hantu jembalang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Nenek Kebayan
Menulis mengenai kisah seram, ngeri dan yang sewaktu dengannya
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.