Jangan Sampai Kena Tegur

Kejadian ini berlaku masa aku di tingkatan 5. Aku dibesarkan dengan mindset ‘hantu tak wujud, hantu tak boleh bunuh orang’. Yang aku tahu waktu itu, tak ada hantu dalam dunia ini, yang ada hanyalah makhluk yang tak dapat kita lihat dan mereka tak boleh apa-apakan manusia.

Tapi apa yang terjadi malam itu telah mengubah segala yang aku pegang selama ini. Untuk pendekkan cerita, keluarga aku ada kondo di Mantin. Suatu hari aku bawa sepupu aku ke sana. Tengah kami lepak-lepak sambil makan, tiba-tiba sepupu aku ni tanya aku “kat sini tak ada benda pelik=pelik ke?”

Aku cuma jawab “kami jarang lepak sini, tapi sana datang sini ada juga lah borak-borak dengan orang sini. Kata diorang banyak kejadian pelik yang pernah terjadi kat sini”

“Ye ke? Cerita ape?” tanya sepupuku lagi “adalah diorang cerita dinding bilik kena cakar” kataku.

hantu

Kisah lain yang aku tahu termasuk sekumpulan remaja balik dari kedai serbaneka kat bawah tu. Masa tu, lif out of service. Maka semuanya terpaksa jadi pendaki tangga. Sampai tingkat tiga, ada perempuan baju putih rambut panjang. Apalagi terus berlari diorang semua.

Pengalaman aku pula, aku pernah terhidu bau yang wangi sangat. Bau wangi bunga melor. Mula-mula aku tercari juga mana datangnya bau wangi bunga tu, tapi tak jumpa. Tiba-tiba mama aku datang, terus bawa aku ke biliknya dan dia tanya aku “along ada bau tak”. Aku jawablah “mama bau juga ke ingatkan along je yang dapat bau”

Habis saja aku ceritakan pengalaman aku pada sepupu aku tu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang sangat perlahan. Hanya aku dengan adik aku yang dapat tangkap bunyi ketukan itu. Dalam keadaan takut, aku tetap beranikan diri untuk buka pintu itu, sebaik saja pintu dibuka ternyata tiada orang diluar. Kosong!

hantu

Dalam kepelikan itu, tiba-tiba sekali lagi pintu diketuk tapi kali ini pintu utama pula. Kuat bagaikan nak pecah pintu itu diketuk. Dan sekali lagi aku beranikan diri untuk melihat siapa yang ketuk pintu. Sah memang tiada orang, untuk lebih yakin aku terus keluar untuk memeriksa koridor kerana apa fikiranku mungkin ada budak-budak nakal yang main-mainkan kami.

Tiba-tiba, pintu tertutup dengan sendiri.BAM!!!!!!!!!!!!!! dek kerana terkejuk aku terus berlari ke arah pintu tersebut. Namun, hampa pintu itu terkunci dari dalam. Adik dan sepupu aku yang berada dalam rumah sudah meraung menjerit ketakutan. Dalam beberapa minit dalam keadaan kelam kabut macam tu, tiba-tiba pintu dapat dibuka kembali namun, diiringi dengan lampu dibahagian dapur terpadam.

hantu

Moral of the story, jangan bercerita atau sebut benda yang tak sepatutnya ditempat baru. Kemungkinan ada yang memerhati.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here