Jalan Yang Menakutkan Di Daerah Tangkak – Pagoh

Kejadian ini berlaku ketika aku dengan adik lelaki aku dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke johor Bharu. Kami bertolak agar lewat, jam 7.45 malam. Malam itu jalan raya agak sesat, jadi kami sampai agak lewat. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, kami baru sampai area Jasin.

Sampai saja di area Kampung Bemban Melaka, kawan kepada adik aku telefon dan mengatakan kepada kami laluan tol Pagoh sesak teruk. Dia menyuruh kami menggunakan jalan lain kerana dia sendiri pun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kerana itu, kami memutuskan untuk keluar dari highway tol Tangkak dan melalui jalan lama atau dipanggil ‘jalan dalam’ untuk meneruskan perjalanan ke bandar Tangkak.

Dari Bandar Tangkak kami terus ke Pagoh-Ayer Hitam dan melalui highway melalui tol Ayer Hitam. Dalam perjalanan itu, kami mengambil keputusan untuk melalui satu laluan singkat yang membolehkan kami sampai dengan kadar segera.

Laluan ini aku pernah guna sebelum ini cuma aku ingat-ingat lupa. Cuma yang pastinya laluan ini akan melalui kawasan kampung.yang terdapat di sepanjang laluan lebuhraya PLUS arah selatan.

seram

Sekitar jam 11 malam, kami mula memasuki short cut yang perlu menembuhi satu kampung ke satu kampung. Antara yakin tak yakin kami meneruskan juga perjalanan, walaupun terselit sedikit keraguan. Kebetulan kawasan kampung itu tiada sambungan internet, jadi kami hanya meneruskan perjalanan berpandukan apa yang aku ingat ketika melalui jalan itu.

Ketika itu, aku sudah mula bimbang takut tersesat menyuruh adik aku supaya berpatah balik dan ikut jalan biasa. Namun, dia dengan selambarnya berkata ‘Rilek la long, aku yakin depan sikit lagi kita akan jumpa jalan utama’. Sampai satu court takraw, aku nampak ada beberapa orang yang tengah bermain sepak takraw. Masa kami lalu, semua yang ada disitu memandang kami semacam.

seram

Selepas melepasi mereka, barulah kami sedar yang sebenarnya kamitelah sampai ke penghujung jalan. Aku mula perasan yang kami telah sampai penghujung kampung bila jalan yang kami lalui tu sudah mula menyempit, dan rosak serta berlubang-lubang.

Tiba-tiba aku ternampak satu rumah usang yang berada di sebelah kiri jalan. Berbekalkan cahaya bulan dan lampu kereta, aku dapat melihat dengan jelah keuzuran rumah tersebut. Dan yang lebih menarik perhatian aku adalah pokok nangka yang gah berdiri di hadapan rumah tersebut.

Perhatian aku tiba-tiba teralih bila ekor mata aku menangkap sesuatu. Buah nangka tu makin lama macam makin memanjang. Dari bahagian atas aku nampak ada juraian hitam yang kasar dan kerinting. Helaian hitam itu semakin jelas kelihatan dari bahagian atas buah nangka. Ketika itu, tiada benda lain yang terlintas di kepalaku melainkan helaian hitam tersebut adalah rambut hantu!

seram

Berderau darah aku bila aku sedar benda yang aku nampak tadi bukanlah buah nangka tapi makhluk tersebut. Patut lah adik aku dari tadi lagi senyap dan menggigil. Dalam ketakutan dan suara bergetar aku terus menyuruh adik aku untuk cepat meninggalkan tempat itu. Setelah kereta mula bergerak jauh meninggalkan kawasan tersebut, aku mula tenangkan diri dengan membaca ayat-ayat suci al-quran

Debaran yang kuat macam nak pecah dada ni pun dah hilang. Hanya meremang sikit-sikit je. Aku harap la sangat die tak ikut dok bertenggek kat blakang kereta.

seram

Tak lama lepas tu kami lalu semula di kawasan court takraw tadi. Adik aku terus berhenti dan keluar dari kereta. Nampak je adik aku keluar kereta, aku pun melompat turun dan ikut dia. Gila nak tinggal dalam kereta sorang-sorang? So adik aku ni pun tanya la arah yang betul untuk keluar ke jalan utama daripada brader ni. salah sorang dari mereka cakap cakap yang kami ni dah jauh tersesat ni then die tunjukkan arah yang betul. Akhirnya dapat la juga kami jumpa jalan keluar dan balik dengan selamat. Sepanjang jalan kami tak cakap langsung pasal peristiwa tu sampailah keesokan harinya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here