Ingin Mengubati Ganguan Makhluk Halus, Namun Dipukau dan Dirogol Bomoh

Dinasihatkan kepada semua pembaca kisahseram.com, agar berhati-hati ketika cuba mendapatkan rawatan alternatif. Andai kata anda atau ahli keluarga anda mengalami penyakit misteri dan tidak boleh diubati dengan kaedah moden, carilah rawatan alternatif yang boleh dipercayai. Pilih pengamal perubatan yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar dan hanya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dalam rawatannya. Selidiki terlebih dahulu mengenai latar belakang pengamal perubatan tersebut dan pengalaman orang yang pernah berubat dengannya.

Jangan pula sembarangan menggunakan khidmat bomoh yang tidak diketahui dengan jelas cara rawatannya. Sebut sahaja perkataan bomoh, terbayang seorang lelaki yang menggunakan jampi serapah yang tidak difahami dan asap kemeyan. Kebanyakan bomoh sebegini, menggunakan jin sebagai perantara untuk mengubati pesakit. Ini adalah perbuatan syirik kerana sebagai umat Islam kita hendaklah meminta pertolongan Allah sahaja bukan dari makhluk ciptaanNya.

Lebih teruk lagi jika bomoh itu cuma seorang penipu malah hanya ingin mengambil kesempatan terhadap pesakit yang datang dengan tujuan untuk berubat dengannya. Menerusi akhbar Harian Metro, sebuah artikel telah disiarkan pada hari Rabu, 25 January 2017 mengenai seorang wanita yang telah menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki yang bergelar bomoh. Ikuti kisah mangsa di bawah ini.

bomoh

Seorang wanita dari Sungai Petani, Kedah mendakwa dirogol berulang kali oleh bomoh dari Bedong yang kononnya mengubati gangguan makhluk halus dialaminya antara Februari hingga Mei tahun lalu. Mangsa yang berusia 31 tahun itu dikatakan mula mengunjungi bomoh terbabit di Kampung Bukit Baru Ayer Nasi Semeling, pada 23 Februari 2015 dengan ditemani suaminya sendiri.

Mangsa mendakwa bomoh berusia dalam lingkungan 40-an itu memberinya beberapa ayat al-Quran ketika rawatan itu untuk diamalkan, namun dia tidak juga pulih dan tetap meracau setiap kali selepas Maghrib. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, suami isteri itu akan mengunjungi bomoh terbabit setiap kali mangsa meracau.

rogol

Kata Md Zukir Md Isa, pada pertengahan Mac 2016 mangsa mendakwa bomoh itu menggunakan pukau kepada dia dan suaminya hingga mengikut segala kemahuannya selain turut dirogol oleh suspek. “Mangsa mendakwa dia dalam keadaan separuh sedar setiap kali dirogol oleh suspek dan perkara itu hanya terhenti pada Mei apabila dia mengandung tiga bulan,” jelas Md Zukir.

” Selepas itu, mangsa tidak lagi berjumpa bomoh itu, namun suspek menghubunginya semula pada Disember tahun lalu dan meminta dia datang berubat dengannya selepas wanita itu melahirkan anak keempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau berkata lagi, mangsa mendakwa bahawa bomoh durjana itu mengugutnya selepas enggan mengikut kehendaknya.

“Mangsa kembali pulih awal bulan ini selepas dirawat oleh rakan suaminya dan nekad membuat laporan kejadian di Balai Polis Merbok, pada pukul 8.48 malam tadi,” katanya. Kata Md Zukir lagi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here