Hospital Whittingham Hospital Mental Paling Berhantu Di Dunia

Salah sebuah hospital yang disenaraikan sebagai antara hospital yang paling berhantu di dunia adalah Hospital Whittingham. Hospital Whittingham merupakan sebuah hospital psikiatri yang terletak berhampiran Preston, Lancashire, England. Hospital ini dibuka pada tahun 1873 dan berkembang menjadi hospital mental yang terbesar di England pada ketika itu.

Hospital Whittingham ditutup pada tahun 1995. Tapak hospital ini kemudiannya dikenali sebagai “Guild Park”. Penutupan hospital ini dikatakan berpunca daripada masalah dalaman seperti skandal penderaan dan layanan buruk yang dilakukan ke atas pesakit-pesakit mental di hospital tersebut dan juga penyelewengan serta pecah amanah oleh petugas-petugas Hospital Wittingham.

Whittingham hospital

Pada 18 Julai 1967, Persatuan Pelajar Jururawat mengadakan pertemuan dengan tutor jururawat kanan, dan mengemukakan aduan serius mengenai kekejaman, layanan buruk dan penipuan yang berlaku di hospital. Ketua Jururawat Lelaki kemudiannya mengadakan mesyuarat dengan semua pelajar di mana pelajar-pelajar tersebut telah diancam untuk dikenakan tindakan kerana memberi kenyataan palsu dan menfitnah.

Beberapa aduan lagi ditekankan sehingga tahun yang berikutnya apabila Jawatankuasa Pengurusan Hospital akhirnya campur tangan dan mengumumkan siasatan ke atas dakwaan rasuah dan penderaan. Siasatan itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Penjagaan Pesakit, Organisasi Perkhidmatan dan Kawalan Kewangan. Siasatan itu merangkumi siasatan ke atas aduan berikut:

  1. Pesakit dibiarkan tanpa rawatan.
  2. Sesetengah pesakit hanya diberikan roti dan jem untuk makan atau telah diberi makanan yang bercampur dengan sisa makanan.
  3. Terdapat pesakit yang telah dikunci di luar, tanpa mengira keadaan cuaca, atau di dalam tandas dan almari.
  4. Pelajar telah menyaksikan pesakit diseret dengan rambut mereka di dalam salah satu wad hospital.
  5. Di wad 3 iaitu wad lelaki, pesakit diberi “rawatan tuala basah”. Melalui “rawatan” ini, leher mereka dijerut dengan tuala atau cadar basah sehingga pesakit tidak sedarkan diri. Ada juga pesakit yang dilihat telah ditumbuk dan dikunci di dalam bilik stor.
  6. Di wad S2 iaitu satu lagi wad lelaki, didakwa bahawa terdapat dua orang jururawat lelaki telah menuang cecair spirit ke dalam selipar seorang pesakit dan ke dalam poket baju seorang pesakit yang lain lalu dibakar.

Whittingham hospital

Selain penderaan dan penganiayaan terhadap pesakit, juga terdapat laporan bahawa beberapa wad telah dipenuhi dengan haiwan perosak dan yang lain-lainnya ada yang terlalu sejuk, terlalu panas atau terlalu lembap. Di samping itu, didapati bahawa terdapat beberapa kecurian kecil di dalam wad dan juga penipuan dan penyelewengan yang serius di beberapa pejabat pentadbiran.

Hasil daripada siasatan, kedua-dua Ketua Jururawat Lelaki dan Ketua Jururawat Perempuan telah ‘bersara awal’. Dua jururawat lelaki telah disabitkan dengan kesalahan mencuri dan dalam insiden berasingan seorang jururawat lain dipenjarakan atas kesalahan membunuh selepas seorang pesakit tua yang diserang oleh beliau meninggal dunia kemudiannya.

Whittingham hospital

Dipercayai setelah mengalami penderaan yang teruk dan dianiayai oleh jururawat dan petugas-petugas hospital, kebanyakan pesakit yang mati di hospital tersebut menjadi roh yang tidak tenteram. Disebabkan itu, banyak kejadian aneh berlaku di sini. Dikatakan banyak kali berlaku pesakit tiba-tiba terkunci di dalam sebuah bilik kecil di bawah tangga dan di dalam bilik air.

Hal yang paling menakutkan adalah rambut pesakit ditarik oleh “sesuatu” dan leher mereka dijerut dengan tuala basah sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Ada sesetengah pihak mengaitkan kejadian-kejadian misteri ini dengan peristiwa seorang pesakit tua yang mati disembelih oleh seorang jururawat.

Kepada pembaca setia kisahseramdotcom, inilah antara sedikit sebanyak mengenai sejarah yang dapat admin ulas mengenai Hospital Whittingham serta kejadian-kejadian misteri yang berlaku di situ, sebuah tempat di mana pesakit-pesakit mental pada ketika itu dihantar supaya tidak “mengganggu” orang ramai.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

96 − 94 =