Histeria Bila Hantu Tumpang Naik Bas Di RNR Sungai Perak

Masihkah anda ingat akan kes histeria beramai-ramai di dalam bas yang berlaku satu jalan di Kuala Kangsar pada tahun 2014 yang lalu? Cerita ini telah menggemparkan penduduk Perak pada ketika itu dan terdapat banyak spekulasi berkaitan dengan cerita tersebut. Gangguan makhluk halus itu ada dan bukanlah satu perkara yang baru di dalam hidup kita sebagai manusia hamba Allah. Kita harus sentiasa ingat akan perjanjian yang telah dibuat oleh syaitan untuk menyesatkan manusia.

peta rnr sungai perak

Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria yang pada ketika itu berada dalam bas untuk dalam perjalanan ke tempat kerja. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi itu telah menyebabkan pemandu bas terpaksa berhenti di RNR Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut. Kejadian histeria di dalam bas itu dikatakan bermula sejak ketika bas itu berada di Bukit Gantang lagi apabila salah seorang daripada mereka menjerit yang dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

histeria

Ada penumpang yang katakan terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas untuk kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting. Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja sehinggalah berlakunya kes histeria tersebut telah membuatkan saksi tersebut baru perasan kelibat yang dilihatnya sebelum itu.

RNR Sungai Perak

Pada mulanya, seorang saja yang meracau histeria dan kemudian berjangkit ke orang lain pula. Dapatkah anda bayangkan situasi di dalam bas itu? Dikatakan punca berlakunya histeria adalah apabila salah seorang mangsa berceritakan tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria. Sebaik sahaja habis bercerita pada rakannya, mangsa pertama terus menjegilkan mata dan mula meracau. Apabila sampai sahaja di kawasan RNR Sungai Perak, mangsa dibawa turun dari bas.

Penumpang-penumpang lelaki di dalam bas keletihan dan penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri. Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan berumur 63 tahun, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar. Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut. Kalau ikutkan Tan, beliau ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya. Jadi, Tan membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran.

Semua Histeria Bila Hantu Tumpang Naik Bas Di RNR Sungai Perak

Perkara ini benar-benar berlaku pada April 2014. Kami dari orangperak.com ingin anda bayangkan jika anda berada di dalam bas tersebut, sebagai seorang manusia dan mempunyai akal dan fikiran yang baik, apakah yang bakal anda lakukan untuk bantu penumpang yang lain jika anda masih berfikiran waras dan tidak histeria pada ketika itu? Komen dan lontarkan pandangan anda!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.