Gangguan Toyol di Kampung Talak, Kelantan

Sebut sahaja tentang makhluk halus, rata-rata masyarakat di Malaysia sudah seringkali mendengar tentang pelbagai kisah makhluk halus yang telah diturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Kebanyakan kisah mengenai makhluk halus ini diceritakan dari mulut ke mulut dan mengandungi banyak unsur tokok tambah.

Ini membuatkan masyarakat kita sudah lali dengan kisah-kisah yang berkait dengan makhluk halus dan berbaur mistik. Disebabkan itu apabila timbulnya kisah-kisah sedemikian dan tiba-tiba ia hangat diperkatakan dalam kehidupan seharian, itu bukanlah perkara yang pelik di kalangan masyarakat negara ini.

Situasi inilah yang pernah melanda penduduk di sebuah kampung yang terletak di Tumpat, Kelantan. Kampung yang dimaksudkan di sini ialah Kampung Talak. Makhluk halus yang mengganggu-gugat ketenteraman penduduk kampung tersebut didakwa sebagai toyol kerana terdapat beberapa orang penduduk kampung yang mengatakan bahawa mereka pernah terserempak dengan makhluk yang dikatakan sebagai toyol itu. Justeru, cerita kali ini bukan hanya sekadar cerita dari mulut ke mulut sebaliknya ia benar-benar berlaku.

toyol

Akibat gangguan dan kecurian yang dicetuskan oleh makhluk halus atau toyol tersebut, lebih seribu penduduk Kampung Talak tidak dapat tidur dengan lena. Penduduk kampung mengesyaki toyol berkenaan adalah toyol peliharaan seseorang yang bertujuan untuk mencuri wang. Toyol tersebut memasuki beberapa buah rumah penduduk kampung pada sebelah malam untuk tujuan berkenaan dan mencuri wang dalam kuantiti yang sedikit.

Dikatakan sudah lebih setahun kehadiran toyol peliharaan di kampung ini yang menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk kampung. Ini termasuklah perbalahan yang berlaku di antara suami isteri yang kehilangan wang yang ada dalam simpanan kerana saling tuduh-menuduh antara satu sama lain menuri wang simpanan tersebut.

Seorang penduduk yang bernama Semah Mat berkongsi pengalamannya bahawa suami beliau pernah terlihat toyol yang sedang menyelinap keluar dari ruang pintu rumahnya. Menurut cerita Semah, suami beliau pernah nampak, makhluk itu berketinggian lebih kurang sekaki 12 inci dan badannya berwarna hijau. Pada mulanya makhluk toyol itu menceroboh masuk ke rumah jiran, tetapi selepas itu ia menghala ke rumah kami. Dek kerana terkejut melihat suami saya, ia terus melarikan diri.

diganggu toyol

Seorang penduduk kampung yang lain iaitu Che Bidah Che Wan mengakui bahawa kehadiran toyol di kampung itu mengganggu ketenteraman penduduk. Che Bidah sendiri pernah kehilangan wang sebanyak lima ratus ringgit. Ketika berlakunya kehilangan wang itu, Che Bidah mengatakan bahawa pintu rumah terkunci dan tidak ada tanda-tanda orang luar cuba memecah masuk. Rumah beliau juga sentiasa berkunci.

Dalam usaha untuk mengurangkan kecurian yang dilakukan oleh makhluk toyol ini, penduduk Kampung Talak mengamalkan petua menabur kacang hijau supaya toyol itu leka bermain dengan kacang hijau dan lupa akan tujuan asalnya iaitu untuk mencuri wang. Bagi mengesan toyol peliharaan itu penduduk kampung turut meletakkan bedak selain melakukan solat hajat dan berjaga pada waktu malam.

kacang hijau

Sebahagian besar penduduk Kampung Talak bimbang dengan kehadiran toyol peliharaan itu. Mereka merayu jika ada pengamal perubatan yang arif tentang makhluk halus dan mempunyai pengetahuan tentang toyol supaya tampil membantu menangkap toyol berkenaan. Penduduk kampung juga mengatakan bahawa dalam tempoh sebulan sahaja, sudah terdapat lebih daripada sepuluh kejadian kecurian yang dikaitkan dengan kemunculan toyol berlaku di kampung tersebut setakat ini.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia kisahseram.com, kisah berkenaan toyol peliharaan yang mengganggu ketenteraman penduduk Kampung Talak ini dipetik dari sumber berita dari laman web rasmi astro Awani yang bertarikh 12 November 2016.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.