Gangguan Makhluk Halus Boleh Memudaratkan Manusia

Makhluk halus merujuk kepada makhluk yang tidak mempunyai jasad sebagaimana manusia. Mereka adalah makhluk yang wujud dengan raga halus berisi roh halus serta hidup di alam ghaib. Makhluk halus sering muncul dalam rupa bentuk yang menakutkan semata-mata untuk mengganggu manusia. Selain muncul dalam rupa bentuk yang menakutkan, makhluk halus dari jelmaan jin dan syaitan juga mampu mendatangkan mudarat dengan cara rasukan dan mendatangkan pelbagai penyakit ganjil.

Penolong Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Huzaifah Jalal Asnawi berkata, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 10 yang bermaksud, “Dan tidaklah mereka itu (makhluk-makhluk halus) memberi kemudaratan sedikit pun kepadamu, bahkan kepada mana-mana orang, melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka”.

makhluk halus

Menurut Huzaifah Jalal Asnawi, ayat tersebut jelas membuktikan bahawa kewujudan jin dan syaitan serta keupayaannya mendatangkan mudarat kepada manusia sekiranya diizinkan oleh Allah SWT. Sebagai musuh kepada seluruh manusia, syaitan memang suka mengganggu. Mereka boleh lakukan pelbagai bentuk gangguan termasuklah gangguan yang memudaratkan. Huzaifah yang merupakan salah seorang perawat Pusat Rawatan Kecil Darulsyiffa, Putrajaya turut mengatakan bahawa sepanjang sembilan tahun berkecimpung dalam bidang rawatan Islam, beliau telah melihat bermacam-macam jenis gangguan makhluk halus, sebahagian dari makhluk halus tersebut datangnya dari hutan.

hantu hutan

“Jangan pandang ringan akan gangguan makhluk halus kerana ia boleh memudaratkan dan mesti dipulihkan dengan kaedah rawatan yang betul”, ujar salah seorang perawat Pusat Rawatan Kecil Darulsyiffa, Putrajaya itu. Dari penjelasan Huzaifah, jin dan syaitan boleh mendampingi manusia melalui dua cara iaitu pertamanya dengan cara memilih sendiri manusia yang disukai oleh mereka. Cara yang kedua pula ialah melalui perbuatan sihir. Dengan sihir ini, makhluk halus akan mencari mangsa mengikut apa yang diarahkan kepada mereka.

makhluk

Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, antara golongan yang mudah terkena gangguan makhluk halus adalah mereka yang berada dalam keadaan lemah, mereka yang sedang mengalami tekanan dan juga kekusutan fikiran. Mengenai gangguan makhluk halus di hutan pula, Huzaifah menjelaskan bahawa gangguan makhluk halus sebenarnya boleh berlaku tanpa mengira tempat kerana jin dan syaitan wujud di mana-mana sahaja.

Walaupun jin dan syaitan itu wujud di mana-mana sahaja, namun agama Islam telah mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dan menjauhi beberapa tempat yang menjadi tempat kegemaran jin dan syaitan. Antara tempat kegemaran jin dan syaitan adalah tempat-tempat yang sepi, lembah, laut, rumah-rumah kosong yang telah lama ditinggalkan, tempat yang berlubang seperti gua, tempat kotor dan tidak lupa juga tandas.

hantu tandas

Kata Huzaifah, “Kawasan yang sepi itu termasuklah kawasan hutan dan gunung-ganang yang terpisah jauh dari penempatan manusia”. Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan orang ramai yang kerap melakukan aktiviti di hutan supaya sentiasa berhati-hati dan melindungi diri dengan bacaan doa dan ayat suci al-Quran sebelum melangkah masuk ke hutan.

“Masuk ke hutan boleh tetapi perlulah berhati-hati kerana kedatangan kita mungkin mengganggu kawasan dan ketenteraman ‘penghuni’ di situ,” ujar Huzaifah Jalal Asnawi sambil memberi kata-kata nasihat buat penggemar aktiviti lasak yang sering masuk ke hutan. Jika ada yang ingin mendapatkan rawatan dengan kaedah Islam, beliau turut menjalankan perkhidmatan rawatan Islam di Surau Wahbah Zuhaily, Presint 18, Putrajaya pada setiap malam Sabtu.

Sumber dari artikel ini adalah dari Rencana Utusan dan diolah semula oleh kisahseram.com untuk perkongsian bersama. Selepas ini, janganlah kita mengambil sikap endah tak endah akan gangguan makhluk halus kerana sesungguhnya ia boleh mendatangkan mudarat kepada kita. Silakan kongsi artikel ini kepada semua, semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.