Fakta Tentang Hantu Raya

Hantu Raya merujuk kepada sejenis makhluk yang dipelihara dengan tujuan membantu melakukan kerja dan juga untuk membalas dendam dengan cara memudaratkan pihak musuh. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya. Pemeliharaan makhluk ini lebih dikenali sebagai saka belaan yang akan diwarisi secara turun-temurun.

Kebiasaannya Hantu Raya akan dikawal oleh tuannya, arahan-arahan atau tugas yang diberikan kepada hantu raya adalah melakukan kerja yang berat yang tak terdaya dilakukan oleh manusia. Walau begitu, Hantu Raya juga akan diberikan arahan untuk merasuk tubuh manusia.

Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. Hantu Raya yang dipelihara perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak/sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan akan menyerang tuannya sendiri.

hantu

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Hantu Raya Ialah ia mampu melakukan kerja berat dengan tenaga seperti lima orang pemuda, boleh menjelma sebagai manusia dan haiwan dan boleh membinasakan musuh atau orang yang dibenci oleh tuannya.

hantu

Walau bagaimanapun, pemeliharaan Hantu Raya juga mempunyai beberapa kekeurangan iaitu Hantu Raya akan mengamuk jika tidak dijaga dengan baik, tauanya akan menderita sakit jika tiada pewaris. Hantu Raya juga biasanya akan menyamar sebagai tuannya dan tidur bersama isteri tuannya jika tak dikawal.

Ramai orang tua yang mengamalkan percaya bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

hantu

Perkara yang perlu dikataka jika diganggu Hantu Raya ialah:
Menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan ke dalam air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

hantu

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here