Fakta Tentang Hantu Polong

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Hantu polong dikenali sebagai hantu jahat yang disimpan di dalam sebiji botol kaca. Hantu polong juga merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki dengan tujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

polong

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletakkan darah orang yang mati dibunuh ke dalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hari hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.

Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan darah, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Pada kebiasaannya, polong akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali melalui kesan lebam pada mayat dan darah yang keluar melalui mulut mayat tersebut.
polong

Selain untuk menyakiti musuh, hantu polong juga dikatakan boleh digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu tuan polong tersebut akan mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Maka, ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya sendiri. Justeru hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang pengganti sebelum tuannya meninggal dunia sebagai saka. Sekiranya tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

polong

Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam. Salah satu cara untuk menghindari polong adalah dengan mengambil seguni pasir dan lemparkan di tempat sunyi untuk melalaikan polong tersebut. Dari segi perubatan Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin termasuklah polong.

Dalam perubatan tradisi melayu, polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada di dalam badan mangsa kesakitan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.