Drakula “Vampire” Si Penghisap Darah

Drakula atau lebih dikenali sebagai “Vampire” terutamanya di negara barat adalah satu bangsa makhluk peminum darah yang sebelumnya pernah menjadi manusia. Mereka memerlukan darah manusia segar untuk terus hidup. Disebabkan mereka pernah menjadi manusia, jadi anda tidak akan tahu bahawa ia adalah Vampire sehingga ia sudah terlambat. Walau bagaimanapun ia telah dinyatakan bahawa untuk terjumpa atau terserempak dengan Vampire adalah sangat jarang berlaku kerana pemburu telah memburu dan memhapuskan mereka sehingga hampir pupus. Semua Vampire yang ada berasal daripada Vampire Alfa.

vampire

Antara ciri-ciri Vampire adalah mereka boleh hidup selama-lamanya, dan beberapa Vampire digambarkan berumur beratus-ratus tahun atau lebih tua. Mereka juga hidup dengan berpasangan. Makanan mereka adalah terhad kepada darah, dan walaupun darah manusia lebih digemari oleh Vampire, mereka boleh hidup dengan meminum darah haiwan lain. Vampire perlu menyimpan mangsa mereka hidup-hidup atau pun darah mereka menjadi toksik kepada mereka kerana darah orang mati adalah racun bagi Vampire. Vampire hanya boleh dibunuh dengan pemotongan kepala, di mana mereka meninggalkan mayat yang boleh diperiksa untuk mencari gigi taring Vampire mereka.

Vampire biasanya tinggal secara berkumpulan di dalam sebuah sarang, dengan lapan hingga sepuluh Vampire yang tinggal di dalam setiap satu sarang, bersama dengan pasangan mereka. Vampire yang lebih muda di dalam sesebuah sarang biasanya melakukan pemburuan untuk Vampire yang lebih tua, mereka membawa kembali manusia untuk dijadikan sebagai makanan selama beberapa hari atau bahkan selama beberapa minggu. Setiap sarang mempunyai seorang ketua, biasanya yang menjadi ketua mereka adalah Vampire tertua dan yang menukar yang lain menjadi Vampire.

vampire

Apabila bertukar menjadi Vampire buat pertama kali, mereka bergantung kepada Vampire yang menukar mereka untuk darah dan dengan itu tiada pilihan lain kecuali dengan mengikuti mereka. Bahkan Vampire kadang-kadang memandang ketua mereka sebagai sumber untuk hidup sehingga mereka menganggap bahawa ketua mereka umpama Tuhan bagi mereka. Semua Vampire melihat Vampire Alfa sebagai “bapa” mereka dan dengan demikian menghormati beliau.

Perubahan manusia kepada Vampire atau lebih senang disebut sebagai “Vampirism” disebarkan oleh pengambilan darah Vampire atau dengan memasukkan terus darah Vampire ke dalam aliran darah manusia. Buat masa ini, itu adalah satu-satunya kaedah yang mungkin menyebabkan jangkitan Vampirism. Kebiasaannya, manusia yang baru bertukar menjadi Vampire akan berasa keliru dan tidak dapat berfikir dengan jelas, terutamanya ketika mula-mula menyesuaikan diri dengan deria yang sangat tajam dan lebih sensitif kepada cahaya.

vampire

Tidak lama selepas bertukar menjadi Vampire, perasaan dahagakan darah manusia akan datang dan rasa dahaga itu begitu meluap-luap sehingga mendorong Vampire yang baru bertukar untuk melakukan pembunuhan demi darah. Mereka kemudian biasanya mendapatkan orang yang menukar mereka, yang dikenali sebagai pembuat mereka, dan biasanya menerima mereka sebagai ketua mereka. Vampire yang baru bertukar masih lagi separuh manusia sehingga mereka meminum darah pertama mereka.

vampire

Vampirism jarang sekali boleh diubati. Satu-satunya cara yang diketahui untuk mengubati Vampirism adalah dengan sebuah upacara yang telah direkodkan di dalam jurnal nenek moyang seorang pemburu Vampire. Upacara ini memerlukan darah bapa Vampire baru, dan upacara ini tidak akan berfungsi jika subjek telah memakan darah manusia. Proses menerbalikkan Vampirism adalah menyakitkan, tetapi ia tidak meninggalkan kesan sampingan.

Melalui upacara ini, sekurang-kurangnya terdapat satu Vampire yang telah dipulihkan dan dapat mengekalkan semua memori sebelum beliau kembali menjadi manusia semula. Walau bagaimanapun, pengubatan ini menyebabkan kesakitan kepada orang yang dirawat untuk beberapa hari. Sementara itu ciri-ciri unik Vampire, kelebihan serta kelemahan mereka akan dikupas di dalam artikel seterusnya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.