Disembunyikan Hantu Raya Kerana Tertidur Dalam Kelas

Peristiwa ini berlaku beberapa tahun yang lalu dan dialami oleh adik sepupu saya sewaktu dia masih di bangku sekolah menengah. Seingat saya waktu itu dia baru masuk ke tingkatan satu dan kejadian itu berlaku di dalam kelasnya sendiri. Nama adik sepupu saya ini Hana.

Hari kejadian itu merupakan hari yang sangat teruk bagi Hana. Walaupun sesi persekolahan sudah hampir tamat tapi entah mengapa mata Hana terasa sangat mengantuk seperti ada batu di atas kelopak matanya. Hal ini membuatkan Hana tertidur ketika mengikuti masa pembelajaran yang terakhir. Sehingga kelas selesai, Hana masih belum bangun dari tidurnya yang lena.

Tanpa Hana sedari, setelah dia terjaga, keadaan kelas sudah pun sunyi sepi. Hana merasa sedikit sebal kerana tidak ada seorang pun dari rakan sekelasnya yang mengejutkannya dari tidur sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Namun, apa yang lebih tragisnya ialah pintu kelas sudah pun dikunci dari luar. Hana pelik bagaimana dia boleh terkunci di dalam kelas? Takkan lah pak ‘guard’ tidak nampak yang aku masih ada di dalam kelas?? Hana bingung dan merasa takut serta cuba mengetuk pintu dan jendela tetapi tidak ada seorang pun yang mendengarnya.

Senja mula melabuhkan tirainya membuatkan keadaan semakin gelap. Hana sangat takut dan entah dari mana datangnya sekumpulan kelawar yang berterbangan di dalam kelasnya. Ketakutan Hana semakin menjadi-jadi ketika dia terpandang sesosok lembaga hitam yang sangat besar dan berbulu sedang berdiri di bahagian bangku paling belakang. Lembaga hitam itu memerhatikan setiap gerak-geri Hana. Di tengah ketakutan itu, tiba-tiba Hana ternampak abang dan saudaranya di kawasan sekolah.

Kelihatan seperti mereka sedang mencari Hana. Tanpa membuang masa, Hana terus memanggil mereka sambil mengetuk kaca jendela kelasnya. Tetapi entah mengapa, mereka seolah-olah langsung tidak mendengar teriakan Hana dan bunyi ketukan jendela padahal bunyinya sangat kuat. Hana pun cuba menjerit sekuat-kuat hatinya namun sia-sia sahaja kerana abang dan saudaranya pergi meninggalkan kawasan sekolah setelah bertanya sesuatu kepada pak ‘guard’.

Hana merasa putus asa ditambah lagi dengan ketakutan kerana lembaga hitam itu masih lagi memerhatikannya dari belakang. Hana hanya mampu menangis dan menyembunyikan wajahnya. Hana menangis semahu-mahunya. Hari pula semakin gelap kerana sudah malam dan Hana masih terperangkap di dalam kelasnya. Di tengah tangisannya entah kenapa Hana baru teringat untuk menyebut nama Allah dan juga berdoa.

Disembunyikan Hantu Raya Kerana Tertidur Dalam Kelas

sekadar gambar hiasan

Setelah berdoa memohon pertolongan Allah, keadaan menjadi lebih baik. Kelawar-kelawar yang berterbangan sejak tadi kini mula menghilang dan lembaga hitam itu juga turut lenyap begitu sahaja. Hana mencuba menggegarkan pintu kelasnya semula dan mengetuk jendela dengan harapan agar ada sesiapa yang mendengarnya dan datang membantu. Tidak lama kemudian, Hana melihat abangnya datang semula ke sekolah dan bertanya kembali kepada pak ‘guard’ sekolah.

Dengan sisa tenaga yang masih ada, Hana cuba memanggil abangnya dengat sekuat-kuat hati dan mengetuk jendela kelasnya dengan harapan abangnya dapat melihatnya di situ. Alhamdulillah abangnya menoleh ke arah Hana dan melihatnya di situ. Akhirnya Hana dapat keluar dari kelasnya dengan perasaan lega kerana dia sudah boleh balik ke rumahnya. Sebelum itu, Hana sempat bertanya kepada abangnya kenapa tadi dia pergi begitu sahaja?

Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran Hana. Kenapa tidak mendengar suaranya yang menjerit? Kenapa dia boleh dikunci di dalam kelas? Rupa-rupanya Hana disembunyikan oleh hantu raya ketika mata pelajaran terakhir. Ketika Hana tertidur, cikgu yang tengah mengajar di dalam kelas tidak nampak kelibat Hana di bangkunya.

Begitu juga halnya dengan pak’guard’, ketika hendak mengunci semua kelas beliau mengatakan sudah memeriksa terlebih dahulu dan tidak melihatku di dalam kelas. Abang Hana juga sama sekali tidak mendengar teriakan Hana pada masa itu dan ternyata rupa-rupanya itu semua tipu muslihat hantu raya itu.

Bagaimanapun Hana tetap bersyukur sekarang dia dah berjaya keluar dari kelas itu dan sampai ke saat ini Hana masih sangat ingat akan kejadian buruk yang berlaku pada hari itu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.