Terhidu Bau Bangkai Dalam Lift

Kejadian ini terjadi pada aku sendiri, ketika itu aku nak pergi rumah kawan aku yang terletak di KL. Kawan aku ni boleh dikatakan somebady, jadi kawan aku ni tinggal di penthouse tingkat 23.

Dipendekkan cerita, aku terus menuju ke arah lift. Setelah lift terbuka aku terus masuk dan menekan tingkat 23. Tidak Sampai seminit aku merasakan seperti ada yang meniup telinga aku. Tanpa memikirkan apa-apa aku terus berpaling untuk melihat siapa yang siapa yang meniup telingaku. Namun tiada sesiapa disitu kecuali aku.

hantu lift

Terus meremang bulu romaku bila aku sedar tiada sesiapa dalam lift kecuali aku seorang dan aku rasa seperti ada mata yang memerhatikan aku dari setiap penjuru. Dalam perasaan seram itu, tiba-tiba aku merasakan ada tangan yang menyentuh bahuku dari arah belakang dan tanpa berlengah aku terus memandang ke belakang, kosong tiada sesiapa disitu.

Entah kenapa aku rasakan kali ini lift cukup lambat bergerak. Baru tingkat sepuluh. Hanya Allah yang tahu perasaan aku saat itu, aku cuba untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran. Namun bibirku seakan kaku dan terkunci.

hantu lift

Tiba-tiba aku terdengar dengan sangat jelas suara yang berbisik di belakangku diiring dengan bau busuk bagaikan bangkai yang mereput. Kali ini aku sudah tidak berani untuk menoleh ke belakang lagi. Aku cuba untuk bertahan dengan keadaan itu, seluruh badanku bergegar kerana ketakutan yang amat

Sampai saja di tingkat 23, lift terus terbuka dan dengan pantas aku berlari keluar.Ketika itu mataku sempat menangkap kelibat perempuan yang berambut panjang dalam keadaan hampir mereput.

hantu lift

Setelah sampai aku pun menceritakan apa yang telah terjadi di lift tadi dan kawanku menerangkan yang lift aku gunakan tadi sedang dibaik pulih!!! Sudah lebih setahun tidak digunakan!!! Juga pernah berlaku kejadian ngeri dimana ade pekerja mati di dalam lift akibat terperangkap dan lemas.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

30 − = 27