Diganggu Makhluk Halus Ketika Mengandung

Kejadian ini berlaku ketika aku mengandungkan anak pertamaku, Aina. Ada satu malam aku bermimpi, aku berada di dalam rumah usang. Dalam mimpi itu aku melangkah naik ke tingkat atas. Dalam pada aku melangkah, tiba-tiba aku terlihat satu kelibat nenek tua cuba untuk masuk ke kawasan rumah.

Aku perhatikan dari dekat dan memang sah ada orang sedang panjat pagar rumah. Sepantas mungkin aku menjerit ada orang nak pecah masuk tapi yang peliknya orang yang sedang panjat pagar rumah itu adalah nenek tua.

Dek kerana terkejut aku jerit “Allahuakbar” banyak kali dan aku jerit azan (itu yang terlintas) masa aku jerit Allahuakbar sekuat hati aku, aku nampak nenek tu lagi cepat nak masuk kawasan rumah tapi nampak macam dia susah nak bergerak. Tiba-tiba aku rasa ada satu tangan pegang tangan aku, rupanya En. Husband kejutkn aku sambil tanya kenapa berpeluh-peluh jerit tapi slow suara tak dengar jelas. Aku pun istighfar mimpi buruk tu.

hantu

Cerita kedua selepas Aina masuk 6 bulan lebih dalam kandungan. Aku mimpi ada orang nak ambil Aina. Nenek tua itu juga tapi aku tak tahu siapa dia . Dia cakap nak ambil anak. Aku cakap tak boleh. 3 kali aku cakap sampai aku menangis teresak-esak dalam mimpi sampaikan En Husband kejutkan aku tanya kenapa menangis.

Malam esoknya aku mimpi yang sama tapi ada seorang lelaki datang ceroboh masuk aku sempat tutup pintu tiba-tiba dia hunus pisau tajam aku pegang pisau tu berdarah tapak tangan aku. Aku dengar dia cakap nak bunuh anak aku,lagi aku pegang pisau tu sampai aku terasa bisa pisau tu di tapak tangan. Tiba-tiba, En. Husband kejutkan tanya: “Kenapa macam bergelut sakit nak beranak dah ke?”

Imbas kembali bila aku mula mimpi pelik-pelik.

Masa aku umur 9 tahun ( tahun 1999) aku tinggal di Perak. Aku mimpi aku nampak Opah aku tengah bagi makan kucing yg datang dari semak belakang rumah. Aku nampak kucing tu dari semak samun berjalan ke arah Opah aku. Bila sampai dekat Opah aku, kucing tu bertukar jadi HARIMAU! Dan terus terkam Opah aku. Serentak itu, aku terbangun tidur and at same time aku terdengar suara Opah aku menjerit dari bilik dia. Aku tak cerita kat mama masa tu. Rahsia sampai sekarang.

hantu

Kali pertama aku mimpi nenek tua tu masa aku praktikal di Kulim. Aku ingat lagi malam tu kawan aku mesej suruh aku tunggu dia sebab kunci rumah aku pegang sebab aku ketua rumah. Terpaksa la tunggu dia datang dari KL. Aku mesej-mesej sampai terlelap. Aku tak sedar bila aku lelap tapi di antara sedar dan tak sedar tu aku dengar kawan aku Nad call cakap dah sampai.

Aku bangun buka pintu Nad masuk bilik dia, aku masuk bilik aku. Aku pun tidur terus. Masa aku tidur, aku sedar aku diganggu. Ada suara nenek cakap ” Cu, cu … Nak tengok nenek tak?” Aku geleng. Dia cakap lagi, “Cu, tengokla nenek”. “Aku cakap taknak” . Tiba-tiba nenek tu cakap, “Bukalah mata tengok nenek ni..” Aku terbuka mata sebab dengar suara nenek tu berubah nada suara kasar. Macam suara marah. Aku buka mata terus lompat katil switch on lampu bilik.

hantu

Roommate aku Hijrah dia terbangun sebab terkejut aku buka lampu. Dia tanya kenapa? Dia ingat aku cakap telefon sebab dengar suara pelan cakap tapi tengok aku macam tidur. Rupanya tadi aku tidur dia tak tidur lagi. Sepanjang aku mimpi tu dia ingat aku “on phone”. Aku tak cerita apa berlaku sebab dia jenis lemah semangat. Tak pasal histeria malam tu. Aku cerita esok pagi dia cakap dia rasa panas semacam tapi aku pulak rasa sejuk semacam. Itu mimpi nenek yang pertama dan kali kedua masa aku mengandungkan Aina.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here