Diganggu Makhluk Berbulu Hitam Ketika Tidur

Aku nak cerita pengalaman ayah aku yang kena gangguan makhluk berbulu ketika tidur. Aku kurang pasti tahun bila tapi seingat aku ketika itu aku masih belajar di sekolah menengah.

Kejadian ini bermula ketika itu, ayah aku tinggal seorang di rumah sebabnya kami adik beradik termasuk mak balik kampung. Ayah aku tak dapat ikut sebab tak dapat cuti. Jadi tinggallah ayah aku sorang-sorang kat rumah.

Pada hari pertama ayah aku sorang-sorang kat rumah, tak ada apa yang berlaku cuma bila masuk hari kedua malamnya ayah aku mula diganggu. Pada malam itu, sekitar jam 2 pagi ayah terjaga dan ternampak ada makhluk berbulu lebat dengan saiz yang besar melompat masuk ke dalam rumah sedangkan ketika itu semua tingkat dan pintu telah dikunci.

hantu

Selepas sahaja makhluk itu masuk, dia terus menerkam dan menghimpit ayah aku. Ayah aku sampai tak boleh bernafas ketika itu dan ayah aku hanya mampu membaca ayat al-Quran di dalam hati. Selang beberapa minit, makhluk berbulu itu melompat keluar dari tingkap. Mungkin dia keluar sebab dah terbakar dengan ayat al-Quran yang ayah baca dalam hati kot. Dan makhluk itu sudah tak muncul lagi.

hantu

Lepas beberapa tahun, tak silap tahun 2014, masa tu kami semuanya ada, malam juga, makhluk tu muncul kembali. Kali ni dia masuk ikut tingkap bilik tidur. Sekali lagi dia himpit ayah. Ayah pun baca ayat al-quran dalam hati. Lepas baca, ingatkan dia nak lompat keluar, rupanya dia pergi kat hujung kaki ayah. Sekali lagi ayah aku baca ayat kursi, dia mara ke depan, seolah-olah nak cekik ayah aku tapi dengan pantas ayah aku sepak dia, terus hilang. Sampai la sekarang dia dah tak muncul dah.

hantu

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here