Diganggu Hantu Banduan

Kejadian ini berlaku ketika aku di tingkatan satu. Pada ketika itu aku tinggal di asrama. Dipendekkan cerita pada satu malam aku tersedar dan jam menunjukkan pukul dua pagi. Bila dan tersedar, aku mula bangun dan berjalan di koridor. Entah kenapa aku berani untuk melihat ke bawah dan blok sebelah

Setelah puas jalan-jalan di koridor, aku kembali ke bilik. Ketika itu semua lena, yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang berpusing. Sedang aku berbaring dan cuma melelapkan mata, tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang berjalan di koridor tepat dihadapan bilikku. Aku cuba sedapkan hatiku dengan mengatakan mungkin kawan aku yang bangun untuk ke tandas.

Beberapa ketika kemudian, aku terdengar lagi bunyi tapak kaki orang berjalan. Namun, kali ini bukan bunyi itu saja kerana aku turut menangkap bunyi nafas. Bunyi itu seolah-olah berada di sebelah ku dan makin lama bunyi nafas itu makin dekat.

diganggu

Aku yang mula ketakutan, tidak berani untuk membuka mata. Bayangan menakutkan mula bermain-main di kepala, bilamana bunyi nafas itu diiringi dengan suara gelak tawa yang halus. Aku terus memejamkan mata apatah lagi bila teringatkan pintu bilikku tidak ditutup dan dikunci

Pada masa itu, aku dapat merasakan lembaga itu mula menghampiri katilku. Katil tempat aku tidur mula bergoyang bagaikan digoncang sesuatu. Aku yang ketakutan mula membaca surah yang aku ingat. Beberapa minit kemudian, katil aku berhenti bergoyang.

diganggu

Namun, kelegaan hatiku tidak lama apabila aku terdengar seperti ada orang menarik besi di koridor sebelah tingkap. Bunyinya sangat kuat dan tidak lama kemudian aku terdengar bunyi tembakan dilepaskan dan jeritan yang cukup kuat diiringi dengan bunyi orang jatuh.

diganggu

Tidak lama kemudian keadaan kembali seperti biasa aku yang sedikit kelegaan akhirnya tertidur. Esoknya, bila aku bercerita pada senior, barulah aku tahu yang kawasan sekolah ini pernah berlaku kejadian seorang banduan yang melarikan diri dan akhirnya membunuh diri dengan menembak diri sendiri.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

76 − = 70