“Dah Ingat Atau Dah Tahu??”

Kisah seram ini berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur. Ceritanya lebih kurang macam begini; Di sebuah sekolah berasrama penuh tersebut, terdapat seorang pelajar perempuan yang rajin mengulang kaji pelajaran sampai tengah malam buta kat kelas prep dia. Sehinggalah pada satu malam itu, dia tidak sedar yang dia dah tinggal seorang diri kat kelas prep itu. Kawan-kawan dia yang lain semua dah balik ke bilik masing-masing.

Pelajar perempuan ini pun terus mengulang kaji dengan khusyuknya tanpa menyedari bahawa dia hanya keseorangan di dalam kelas. Ketika mengulang kaji itu, sampai satu bahagian dia tidak berapa faham, jadi dia pun nak tanya la kat ‘member’ dia yang kat sebelah tu. Dia tidak sedar lagi benda itu bukannya orang. Masa dia nak tanya itu matanya tiba-tiba terpandang kat bawah meja budak ini, dan dia perasan ‘member’ itu tidak ada kaki.

Selepas dah nampak ‘member’ tu tidak ada kaki, pelajar perempuan itu kata, “Eh, takpe lah, aku dah ingat macam mana nak buat soalan ni”. Lebih kurang macam itu lah dia cakap sambil berkira-kira untuk pergi dari bilik itu secepat mungkin. Yang lebih menakutkan apabila si ‘member’ itu pula tiba-tiba bersuara, “Dah ingat ke dah tahu??”. Maksudnya dah tahu ke yang dia itu sebenarnya hantu. Tanpa membuang masa pelajar perempuan ini terus lari balik ke bilik dia.

bunuh diri

Apabila dia menceritakan tentang kejadian itu kepada pelajar senior, ada yang cerita bahawa di sekolah itu dulu ada seorang pelajar perempuan yang mati akibat bunuh diri kerana terlalu stress dan tension belajar semasa nak ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mungkin itu lah hantu dia yang masih lagi tidak habis-habis belajar sampai sekarang. Selepas peristiwa diganggu hantu itu pelajar perempuan ini pun sudah tidak berani nak mengulang kaji sampai lewat malam lagi. Takut dan serik!

Anda percaya ke tak dengan kisah ini? Kalau tidak percaya pun terpulanglah kepada anda kerana kisah ini bukan dari pengalaman admin sendiri. Untuk pengetahuan semua pembaca kisahseram.com kisah ini dipetik dari Facebook Wujud.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.