Cubaan Menculik Kanak-Kanak Di KFC Midvalley

Malam tadi semasa admin kisahseram.com tengah rileks berbaring di atas tilam empuk sementara menunggu mata terlelap, sambil melayan status dan cerita kawan-kawan facebook, admin terbaca satu postingan yang dikongsi oleh salah seorang sahabat facebook admin. Postingan tersebut adalah mengenai cubaan menculik kanak-kanak yang berlaku di restoren KFC, Mid Valley Megamall.

Justeru itu, admin ingin membuat perkongsian dengan semua pembaca setia kisahseram.com agar kita semua sentiasa berjaga-jaga dan lebih berhati-hati terutamanya apabila melibatkan anak kecil. Lebih menarik, asalnya postingan ini ditulis sendiri oleh ibu kepada anak kecil yang cuba diculik itu dan menjadi tular di laman sosial facebook apabila ramai yang ‘share’ cerita itu. Berikut merupakan petikan ‘posting’ yang ditulis oleh ibu tersebut pada pagi kelmarin.

mid valley

“Hati-hati apabila membawa anak kecil ke pusat membeli belah. Kejadian ini berlaku di Mid Valley semalam namun Alhamdulillah, Allah ada sebagai pelindung dan penyelamat. Anggaran jam 6 petang semalam, setelah selesai membeli barangan di Baby Expo Mid Valley, kami singgah makan di restoren KFC.

Sementara menunggu suami membeli makanan, saya mencari tempat duduk dan duduk di satu sudut meja bersama anak saya, Fayad yang sedang tidur di dalam ‘stroller’. Dari jauh di pintu luar KFC saya melihat dua orang warga asing, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Lelaki itu saya agak berumur dalam lingkungan 20-an manakala perempuan itu dalam lingkungan 40-an serta berpurdah.

kfc midvalley

Mata mereka seakan-akan sedang tertumpu ke arah anak saya. Ketika itu, saya berfikir mereka sedang mencari meja kosong memandangkan di belakang saya terdapat meja kosong. Setelah itu, suami saya pun sampai dan kami makan. Setelah saya selesai makan, saya ingin bangun untuk membasuh tangan dan saya mengalihkan ‘stroller’ anak ke sebelah suami saya.

Semasa saya bangun, warga asing tersebut datang ke arah meja belakang kami dan duduk di situ. Saya beranggapan bahawa mereka mahu makan. Saya pun terus berjalan ke arah sudut mencuci tangan, semasa sedang berjalan hati saya tergerak untuk menoleh belakang ke arah suami dan anak saya.

Tiba-tiba saya melihat lelaki tersebut mengeluarkan telefon bimbit dan berkali-kali mengambil gambar anak saya. Suami saya tidak perasan akan hal tersebut memandangkan dia duduk membelakangi mereka dan sedang khusyuk makan. Ketika itu, saya masih berfikiran positif dan beranggapan mereka saja-saja untuk mengambil gambar anak saya. Akan tetapi saya rasa tidak sedap hati, niat saya untuk basuh tangan terbantut. Saya terus memerhatikan gelagat mereka.

tidur dalam stroller

Apabila perasan mereka sedang diperhatikan, perempuan tersebut berbisik sesuatu ke arah lelaki tersebut. Saya terus memerhatikan mereka dengan pandangan yang sangat tajam dan dengan riak muka yang marah. Lelaki tersebut yang ketika itu mahu menghulurkan tangan ke arah anak saya menbatalkan niatnya dan mereka terus bangun lalu bergegas keluar dari restoren KFC.

Tanpa membuang masa, saya terus bergegas ke arah anak saya untuk mendapatkannya sambil mata saya meluru ke arah mereka yang ketika itu sudah pun lari jauh. Mata saya tertumpu ke arah kain menggendong bayi pada badan perempuan tersebut. Saya menarik nafas lega dan bersyukur kerana anak saya terselamat dari menjadi mangsa penculikan.

Saya terus menceritakan perkara tersebut kepada suami saya dan kami pun terus bergegas pulang. Alhamdulillah Allah melindungi kami dari menjadi mangsa kejahatan manusia. Jagalah anak-anak anda, tak kira di mana-mana pun kita berada, berhati-hatilah dengan orang di sekeliling kita”.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.