Cerita Seram Di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis

satu program percuma khas oleh kisahseram.com

Seringkali kita terdengar mengenai kisah-kisah seram di sesetengah hotel terutamanya di hotel yang telah agak lama beroperasi. Beberapa tahun yang lepas aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman seram semasa berada di sebuah hotel yang aku menginap selama dua hari satu malam. Hotel tersebut adalah Hotel Putra Brasmana yang terletak di Kuala Perlis.

Hotel Putra Brasmana yang terletak di Kuala Perlis ini merupakan salah satu hotel bertaraf empat bintang yang ada di Perlis selain Hotel Putra Palace. Melihatkan keadaan hotel ini yang agak baru lagi, pada fikiran aku memang sedikit mustahil untuk hotel ini mempunyai kisah misteri atau dihuni oleh penghuni dari alam lain. Namun semuanya berkemungkinan terjadi memandangkan kita sememangnya berkongsi dunia ini bersama dengan makhluk-makhluk lain ciptaan Allah. Dengan lokasi Hotel Putra Brasmana yang bertentangan dengan laut memang tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku.

Masih aku ingat lagi aku menginap di bilik hotel bernombor 303 di aras tiga dan bertentangan dengan laut menghadap ke Langkawi. Bilik 303 ini memang mempunyai satu permandangan yang cukup indah. Namun keadaan bilik ketika aku melangkah masuk agak mengecewakan apabila keadaan bilik tidak seperti bilik hotel yang bertaraf empat bintang. Semasa mula-mula masuk ke bilik berkenaan , perkara pertama yang aku perasan adalah bau yang tidak menyenangkan seperti bau bilik yang sudah lama tidak berpenghuni. Bau itu begitu kuat hingga menusuk ke dalam rongga hidung.

bilik hotel

Kemudiannya apabila aku masuk ke ke dalam bilik air, bau busuk itu semakin kuat. Kadang-kadang bau macam bangkai, adakalanya pula bau macam sampah pun ada tetapi aku kalau boleh tidak mahu ambil tahu pun tentang hal itu. Aku buat tidak tahu sahaja akan bau yang tidak menyenang pada masa. Kononnya beranilah katakan. Jadi aku pun keluar balik dari bilik air kemudian aku abaikan saja semua bau tu. Aku terus merahkan badan di atas katil dan terus tidur sampai keesokan pagi. Akibat kepenatan, aku terus tidur tanpa sedar apa-apa tetapi semasa aku tidur itu pendingin hawa seolah-olah tidak berfungsi sebab aku rasa panas sangat.

Keesokan harinya pun keadaan masih tetap sama. Bau yang busuk itu tetap tak hilang-hilang sampailah masa aku nak check out. Sebelum aku pergi check out tu saja je aku duduk kat atas katil sambil tengok televisyen sebab awal lagi untuk aku terus check out dari situ. Tiba-tiba aku rasa macam ada percikan air di seluruh tubuh aku, aku mendongak ke atas untuk melihat sama ada syiling bilik bocor ke apa memandangkan kat luar sana tu hujan lebat tapi atap syiling semua dalam keadaan baik. Tidak ada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan ia bocor.

hujan lebat

Lebih kurang dalam lima ke enam kali jugalah aku terkena percikan air tu, macam ada benda sudah tak sabar-sabar nak halau aku dari bilik tu. Ketika itu aku tengah tengok siaran ulangan cerita Love You Mr Arrogant. Habis sahaja cerita Love You Mr Arrogant, aku terus keluar dari bilik itu dengan seribu tanda tanya. Agak seram juga apabila aku fikirkan balik perkara yang telah berlaku sepanjang aku berada dalam bilik itu. Lain kali memang aku pasti tidak akan menginap di Hotel Putra Brasmana lagi. Bukan itu sahaja, dari segi khidmat pelanggan juga agak tidak memuaskan termasuk kekurangan fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel.

P/s: Kredit kepada penulis asal, Faizal Fredley yang telah berkongsi pengalaman seram beliau semasa menginap di Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.