Bunyi Ketukan Nisan Di Tanah Perkuburan

Mamat dan Ali baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Perasaan ingin tahu menyelubungi hati mereka. Berbekalkan sedikit keberanian mereka memberanikan diri untuk mencari dari mana datang bunyi tersebut. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang lelaki tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.

ketukan nisan

Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan tersebut. Mamat dan Ali bersuara serentak, “Ahhh… terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje..”

ketukan nisan

Sambil mendekati orang tua itu mereka bertanya, “Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni?” Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah,”Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!”

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here