Beruk Hitam Misteri Menggoncangkan Pokok

Pada satu malam tiba-tiba pokok rambutan yang berada di belakang rumah Bakar bergoyang dengan sendirinya dan begitu pelik keadaannya kerana tiada sedikit pun angin yang dirasai ketika itu.

Puas diperhatikan oleh Bakar dalam kesamaran cahaya lampu jalan, apa yang ada pada pokok itu akan tetapi tetap tidak kelihatan kelibat atau apa-apa objek di atasnya.

Lantas si Bakar berlari masuk ke dalam rumahnya mencari lampu suluh (picit) untuk melihat apa yang ada di atas pokok rambutan tersebut. Sementara itu, Abu dapat merasakan bulu-bulu roma semakin berdiri di segenap ruang yang ada pada tubuhnya.

Sesekali pokok rambutan Bakar kelihatan bergoncang kuat seumpama ribut sedang melanda pokok berkenaan lalu Bakar terus memberanikan diri untuk melihatnya.

Maka Bakar menghalakan lampu suluh itu ke arah pokok rambutan yang sedang bergoncang itu dan kelihatanlah satu lembaga hitam setinggi tujuh kaki serta berbulu lebat yang sedang mengoncangkan pokok dengan begitu rakus sekali.

Bakar terpaku melihatnya dan dalam beberapa saat nafasnya terhenti melihat lembaga yang sedang rakus itu mengoncangkan pokok rambutan berkenaan.

lembaga hitam

Selepas itu Bakar terlintas di kepalanya lalu melaungkan azan dengan sekuat hati dan laungan itu dapat didengari di segenap sudut malam melalui celah-celah pokok kelapa yang tinggi lampai di kawasan rumahnya itu.

Dengan hanya sekali nafas, Bakar Berjaya melaungkan azan berkenaan dan didengari oleh jiran laungan tersebut yang juga dapat merasai ketajaman azan berkenaan.

Di pertengahan azan itu, tiba-tiba pokok rambutan itu berhenti bergoncang lalu Bakar menghabiskan dengan sekali nafas sahaja dan setelah selesai azan, angin yang kuat melanda Bakar serta beruk besar itu terus beredar.

Selepas itu jiran-jiran yang tiba di rumah Bakar dengan keadaan terpingga-pingga bertanyakan kepada Bakar apa yang sudah berlaku?

Lantas Bakar menjawab, “Terdapat seekor beruk yang besar menggoncangkan pokok rambutan itu tadi”, sambil tangan Bakar menunjukkan ke arah pokok rambutan yang berada di belakang rumahnya.

Rupa-rupanya laungan azan Bakar itu ditakuti oleh beruk tersebut dan ia terus berlalu pergi.

Kesimpulan cerita di atas, pada saat kita berada dalam ketakutan hanya ALLAH SWT sahaja tempat kita berserah dan memohon pertolongan. Jangan diikutkan sangat syaitan, iblis yang cuba mengoda kita dengan menanamkan sifat hasad dengki dalam melaksanakan tugasan atau pergaulan.

Setiap perbuatan baik atau buruk pasti lambat laung nanti akan terbalas jua dengan janji-janji ALLAH seperti mana yang telah dinyatakan di dalam kitab suci Al- Quran.

Sumber: terengganutimes.com

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 48 = 49