Berani Pelajar Menyewa Kat Kawasan Seram Ini? Part 2

Ini merupakan sambungan daripada cerita Berani Pelajar Menyewa Kat Kawasan Seram Ini? Part 1. Jika anda tertinggal bahagian 1, anda boleh klik pada pautan ini untuk membaca mengenai cerita Berani Pelajar Menyewa Kat Kawasan Seram Ini? Part 1.

Ada juga satu hari itu aku ternampak lembaga tinggi dan besar seperti orang sedang memerhati dari balik tingkap dapur. Lama pula tu dia mengintai. Dia macam tenung ruang tamu rumah ini, tepat ke arah tempat aku tidur. Serius memang besar dan tak mungkin orang sebab belakang rumah itu gelap dan sunyi. Mana ada orang lalu lorong belakang rumah itu? Ada orang cakap, itu mungkin hantu raya. Tapi entahlah, tiada sesiapa yang dapat pastikannya.

hantu tingkap

Selain itu, pernah satu hari, aku ternampak kepala terbang, mungkin penanggal. Waktu tu aku baru balik daripada kedai runcit, jam 8 malam lebih. Aku nampak benda itu di rumah jiran. Sekali pandang, ingatkan orang jadi aku tak berapa kisahlah. Pandang kali kedua, dia terbang. Terus aku berlari masuk ke dalam rumah.

Satu lagi, ketika aku balik dari kedai makan lebih kurang jam 9 malam. Aku terus balik ke rumah sebab kedai makan terletak tidak jauh dari rumah. Aku tunggang motosikal perlahan-lahan, apabila sampai depan rumah tiba-tiba aku ternampak ‘benda’ berbaju putih dan rambut panjang mengurai sedang tunggu di depan pintu rumah. Aku pun apa lagi, buat-buat tidak nampak dan terus tunggang motosikal pusing-pusing dulu.

Aku memang tak mahu lagi nak masuk ke rumah. Tak tahulah ‘dia’ perasan aku atau tidak, punyalah berharap ‘benda’ itu dah tak ada sebab dah jam berapa dah, takkan nak tidur di luar rumah pula? Aku terpaksa tabahkan hati, parking motosikal betul-betul di sebelah ‘dia’. Aku turun dari motosikal dan buat-buat tak nampak kononnya tak perasan ‘dia’ ada kat situ. Selepas itu, aku masuk dan terus kunci pintu rumah. Masa itu memang cuak gila tak boleh nak cakap. ‘Dia’ berada di sebelah aku saja! Muka aku selamba macam tak ada apa-apa tapi jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon dengan Usain Bolt.

hantu pontianak

Setakat itu saja aku nak cerita walaupun sebenarnya ada banyak lagi kisah bertembung dengan makhluk halus ini. Dengar bunyi guli, rasa macam orang lalu di belakang kita, cawan tiba-tiba jatuh, suis lampu atau kipas tiba-tiba tertutup, tudung saji yang kukuh di atas meja pun tiba-tiba terjatuh dan banyak sangat kejadian yang berlaku dengan ‘tiba-tiba’. Sampai dah lali orang kata.

Yang terbaru, selepas habis semester pendek, ada cuti dua minggu. Aku dengan kawan aku, orang terakhir balik. Kami dah kemas rumah cantik-cantik dan bersih. Tetapi bila balik semula ke rumah sewa minggu lepas seorang diri, tengok keadaan rumah bersepah habis. Serius aku cakap tak macam yang kami tinggalkan sebelum balik.

Aku masuk rumah, terus terhidu bau busuk seperti bau bangkai yang berulat menerjah hidung. Kawan aku simpan motosikal dia dalam rumah sebab dia seorang saja yang balik tak bawa motosikal. Aku tak tahu macam mana boleh ada pisau dalam raga motosikal dia. Selepas itu, bilik bawah punya bilik air, paip airnya terbuka. Melimpah air dalam tandas. Padahal, aku orang yang terakhir menggunakan tandas itu. Aku masuk pun bukannya nak mandi ke apa, cuma salin baju sebelum balik ke Pulau Pinang. Siapa yang buka paip air itu? Sedangkan orang yang terakhir balik hari itu adalah aku?

Hal yang agak menakutkan aku apabila nampak keadaan dapur seperti ada orang menyelongkar tong sampah. Ada sesuatu yang berkeliaran di dapur. Bila aku nak pergi periksa keadaan dapur, ‘benda’ itu macam perasan aku datang lalu ‘dia’ lari dan duduk atas pinggan mangkuk. Selepas itu jatuhlah satu cawan plastik. Aku pun rasa tak sedap hati dan tak jadi pergi ke dapur. Selepas itu, aku buka lampu ruang tamu dan tidurlah aku dalam cahaya.

hantu dapur

Ada sesetengah saja kejadian yang aku ceritakan pada kawan-kawan serumah aku. Ada yang aku simpan sendiri sebab ada kisah yang terlampau seram. Selepas aku bercerita, mulalah seorang demi seorang kawan serumah aku buka cerita yang mereka pernah rasa dan nampak. Jadi selepas itu, setiap kali mereka nampak atau rasa tak sedap hati, mesti mereka akan cerita pada aku dulu.

Nak kata hati aku tabah pun tidak juga. Mungkin sebab dah selalu nampak jadi kita terpaksa kawal diri daripada nampak seperti takut sangat. Kalau nampak, reaksi kena buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Padahal dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

Apa yang aku ceritakan ini hanya yang aku nampak sahaja. Pengalaman aku sendiri sebenarnya terlampau banyak. Di asrama pun aku pernah nampak sebelum masuk ke rumah sewa. Banyak jugalah yang aku nampak. Kadang-kadang di rumah aku sendiri pun nampak. Balik kampung pun nampak dan dengar macam-macam.

Daripada info yang aku dapat daripada orang-orang kat sini, dulu kawasan perumahan kami ini hutan belantara. Mereka kata orang dulu-dulu banyak buang ‘benda’ di sini. Ada yang kata selalu ternampak hantu pocong di kawasan ini. Mereka kata mereka sendiri takut nak datang ke sini sebab seram dia lain macam. Mereka terkejut juga sebab kami pelajar berani menyewa di kawasan ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here