Bayi Rentung, Perut Terburai Disyaki Mangsa Dera

Pada tahun 2012 yang lalu, negara kita digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang berusia dalam lingkungan umur setahun dijumpai mati dibakar dengan perut yang terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar, Johor Bahru.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung sebanyak 80 peratus. Pihaknya juga percaya bahawa mangsa dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.

Bagaimanapun, identiti bayi malang tersebut masih belum dapat dikenal pasti.”Mayat bayi itu dipercayai telah berada di kawasan ini selama lebih kurang 12 jam sebelum ditemui oleh orang awam dan perutnya juga didapati terburai”, kata Superitendan Abdul Samad Salleh kepada wartawan akhbar Kosmo. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, seorang saksi bernama Mohd Akbar Mohd Shah, 41, berkata abangnya, Mohd Azhar, 42, yang sedang berjalan-jalan kira-kira pukul 4.15 petang di kawasan itu terkejut apabila mendapati terdapat satu objek yang terbakar di kawasan itu.

bayi rentung

“Selepas abang saya memaklumkan tentang penemuan itu kepada saya, saya segera ke tempat kejadian dan terperanjat apabila mendapati objek yang terbakar tersebut adalah mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dibakar sehingga isi perutnya terkeluar”, kata Mohd Akbar menceritakana tentang detik-detik penemuan itu.

“Ketika itu, mayat bayi itu berada dalam keadaan terlentang dan terdapat cebisan kain pada mayat tersebut yang dipercayai pakaiannya”, kata Mohd Akbar lagi yang sudah lebih 10 tahun tinggal di kawasan taman perumahan yang berhampiran.

Berdasarkan keadaan mayat bayi perempuan tersebut yang ditemui terbakar dengan perut terburai di kaki bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar, pihak polis telah mengesyaki bahawa mangsa telah didera sebelum dibunuh dan dibuang di kawasan itu. Difahamkan bahawa siasatan awal polis mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu didera berdasarkan kesan lebam yang terdapat pada dahi dan juga lehernya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, ekoran kejadian itu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat secara menyeluruh kes tersebut termasuk motif sebenar kejadian. “Pihak polis kini giat mengesan ibu bapa bayi malang itu dan siasatan awal mendapati bahawa dia bukan mangsa culik kerana tiada sebarang laporan berhubung kes itu diterima setakat ini”.

“Pihak kami juga menolak kemungkinan mangsa adalah anak luar nikah yang dibuang oleh ibu bapanya memandangkan umurnya sudah mencecah usia setahun,” kata Datuk Dr. Hashim Haron lagi ketika dihubungi oleh pihak wartawan akhbar temmpatan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here