Bayang-Bayang Di Sebelah Katil Bayi

Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu dan diceritakan oleh seorang kawan yang bernama Wati. Wati merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan di selatan tanah air. Manakala kampung halamannya pula terletak di utara. Disebabkan jarak yang jauh, Wati hanya pulang ke kampung sekiranya terdapat cuti panjang. Namun jika cuti pendek, Wati akan menumpang di rumah abangnya yang telah berkahwin.

Nak dijadikan cerita, abang Wati baru dikurniakan seorang bayi perempuan dan Wati akan membantu menjaga bayi tersebut sewaktu bertandang ke rumah abangnya. Ketika minggu belajar, Wati pulang ke rumah abangnya untuk belajar sementara menunggu hari peperiksaan. Terdapat sebuah peristiwa misteri yang berlaku semasa Wati sedang menjaga anak saudaranya ketika tinggal di rumah abangnya itu.

katil bayi

Kisah seram ini bermula apabila Wati yang sedang belajar ketika itu tertidur, tetapi tidak lama kemudian dia tersedar apabila dia mendengar seperti suara orang berbisik dan menyedari ia datang dari arah bilik anak saudaranya. Pada mulanya, Wati menyangka ia hanyalah bunyi desiran angin namun begitu dia berasa tidak sedap hati.

Kemudian Wati pergi ke bilik anak saudaranya untuk memastikan tiada perkara buruk yang berlaku pada bayi tersebut. Sebaik sahaja membuka pintu bilik, Wati ternampak kelibat seperti bayang-bayang hitam berada di sebelah katil anak saudaranya. Wati boleh nampak dengan jelas bayang-bayang itu kerana anak saudaranya tidur dengan ditemani oleh cahaya dari lampu tidur yang samar-samar cahayanya.

bayang

Wati yang berasa ketakutan terus memetik suis lampu bilik. Sebaik sahaja bilik anak-saudaranya sudah terang benderang, bayangan hitam itu terus menghilang. Wati melihat sekeliling namun tiada sesiapa pun di dalam bilik itu dan juga tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Walaupun tiada apa-apa di dalam bilik tersebut, Wati tetap mendukung anak saudaranya keluar ke ruang tamu.

Selepas itu, Wati menceritakan kepada abangnya tentang apa yang telah berlaku dan nampak di dalam bilik anak abangnya. Abang Wati menariknya ke tepi dan memberitahu Wati supaya tidak menceritakan tentang perkara ini kepada kakak iparnya kerana kakak iparnya adalah seorang yang lemah semangat. Abang Wati juga pernah beberapa kali mengalami peristiwa yang sama seperti Wati. Beliau mendengar suara yang berbisik dan pernah juga melihat bayang-bayang hitam seperti yang dilihat oleh Wati.

Abang Wati dan anak isterinya tinggal di rumah itu selama kira-kira empat tahun lagi dan apabila anak saudara Wati baru belajar untuk bercakap dia ada memberitahu ibunya tentang ‘kawan istimewa’nya. Sehingga ke hari ini, Wati masih tidak dapat melupakan suara bisikan dan bayang-bayang hitam itu. Ianya begitu menakutkan Wati.

bayang

Ketika mereka ingin berpindah keluar dari rumah tersebut, abangnya memberitahu Wati bahawa anak saudara Wati itu merasa sangat sedih kerana dia akan merindui ‘rakan’nya itu setelah berpindah. Dalam usaha untuk memujuk hati anak kecil itu, ibunya memberitahunya dia boleh membawa kawannya sekali. Tetapi anak saudara Wati berkata bahawa kawannya tidak dapat meninggalkan rumah.

Sehingga ke hari ini, Wati dan abangnya tidak pernah memberitahu kakak ipar Wati tentang suara-suara bisikan yang pernah mereka dengar dan bayang-bayang hitam tersebut. Kakak ipar Wati pula nampaknya tidak pernah melihatnya sendiri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here