Bahagian Tubuh Manusia Yang Disukai Oleh Jin

Allah telah menjadikan Bumi ini dihuni oleh makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang terdiri dari pelbagai jenis dan bangsa termasuklah bangsa jin. Jin merupakan salah satu bangsa makhluk ghaib ciptaan Allah SWT yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia sedangkan jin boleh melihat manusia dari tempat yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Selain memiliki kemampuan untuk melihat manusia, golongan jin juga sering menggoda manusia untuk melakukan kejahatan.

Pada hakikatnya, jin ada yang hidup di darat, laut dan di udara. Namun begitu, jin memiliki kemampuan untuk memasuki tubuh badan manusia dan berjalan mengikuti aliran darahnya. Setelah memasuki tubuh manusia, jin akan mempengaruhi fikiran dan perasaan manusia. Justeru, kita sangat dianjurkan untuk berlindung kepada Allah SWT daripada bisikan dan tipu daya bangsa jin yang suka membisikkan keburukan ke dalam hati manusia.

jin

Seperti yang telah disebutkan tadi, jin boleh memasuki tubuh manusia tapi tahukah anda bahagian tubuh mana yang yang menjadi tempat kesukaan jin? Pada setiap bahagian tubuh tersebut jin akan cuba untuk menghasut dan menjerumuskan manusia untuk melakukan kejahatan. Perkara ini juga telah dijelaskan di dalam beberapa riwayat hadith. Di antara tempat yang menjadi kesukaan para jin adalah lubang-lubang pada tubuh manusia. Setiap satunya diterangkan di bawah:

Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Mulut

Bahagian tubuh pertama yang menjadi tempat kesukaan jin adalah pada lubang mulut manusia. Jin akan berusaha untuk masuk ke dalam lubang mulut manusia ketika sedang menguap. Oleh itu kita dianjurkan untuk menutup mulut semasa menguap. Diriwayatkan dari Abu Said bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (HR. Muslim)

Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Kuku

Bahagian tubuh kedua yang menjadi tempat kesukaan jin adalah di bawah kuku manusia. Maka kita perlu memastikan kuku kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan pendek dengan memotong kuku kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui kuku-kuku yang panjang. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad)

potong kuku

Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Hidung

Bagian tubuh ketiga yang disukai oleh jin adalah lubang hidung. Ketika manusia tidur, jin juga turut sama menyelinap masuk ke dalam hidung manusia. Oleh sebab itulah selepas bangun tidur, kita digalakkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istintsar) tiga kali, kerana syaitan itu menginap di batang hidungnya.” (H.R. Muslim).

Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Telinga

Tempat kesukaan jin yang seterusnya adalah lubang telinga. Bukan hanya bersembunyi di dalam telinga manusia, malah ketika seorang manusia tertidur sehingga pagi tanpa mengerjakan solat malam maka bererti telinganya itu telah dikencingi oleh jin. Diceritakan dari Abdullah, bahawa disebutkan di sisi Nabi ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu beliau bersabda, “Syaitan telah kencing di telinganya.” (H.R. Muslim).

Jin Berada Pada Lubang Urat Darah

Telah diceritakan di atas bahawa jin atau syaitan menyusup masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia tersebut. Dari aliran darah itulah jin berusaha memperdaya manusia. Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya.” (H.R. Muslim)

Jin Berada Pada Lubang Pusat Manusia

Lubang pusat manusia merupakan tempat yang kotor kerana terdapat banyak manusia yang lupa untuk membersihkannya. Jin dan syaitan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor termasuklah lubang pusat yang tidak dicuci. Berdasarkan pengalaman seseorang meruqyah, diketahui bahawa kebanyakan jin bersembunyi dan tinggal di bahagian lubang pusat manusia yang kotor.

Jin Berada Pada Lubang Kemaluan Manusia

Akhir sekali, bahagian tubuh yang menjadi tempat kegemaran jin adalah lubang kemaluan manusia. Di situlah syaitan dan jin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang berzina dengan cara merangsang saraf-saraf pada bahagian kemaluan. Oleh sebab itulah kita dianjurkan untuk sentiasa menjaga kebersihan organ intim baik tidak kira lelaki atau pun wanita.

jin

Jagalah lubang-lubang pada tubuh anda agar tidak dijadikan sebagai tempat tinggal jin dengan cara menjaga kebersihannya dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW iaitu dengan cara mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak. Selain dapat menghalang jin daripada bersembunyi atau tinggal pada bahagian tubuh, ia juga dapat menjadikan tubuh badan kita lebih bersih dan sihat.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.