Asal-Usul, Cara Bermain dan Risiko Permainan Spirit Of The Coin

Bagi sesiapa yang pernah bersekolah di sekolah berasrama tentunya pernah mendengar tentang permainan ‘Spirit of the Coin’ dan ada juga yang mempunyai pengalaman sendiri bermain dengan permainan ini. Di negara luar terutamanya negara Barat, permainan ini lebih dikenali sebagai ‘Ouija Board’. Konsep permainan Ouija Board adalah sama seperti permainan ‘Spirit of the Coin’.

‘Spirit of the Coin’ merupakan sebuah permainan yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu. Pada masa sekarang ini mungkin masih ada lagi orang yang bermain permainan ini. Selalunya pelajar yang tidak pulang ke kampung terutamanya bagi yang tinggal di asrama akan bermain permainan ini sebagai salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang atau hanya sekadar memenuhi rasa ingin tahu mereka tentang permainan berhantu ini.

coin

Kebiasaannya, kebanyakan pelajar sekolah gemar melakukan aktiviti ini di kawasan yang agak terpencil dan blok-blok lama sekolah yang tidak lagi digunakan kerana di situ mereka akan merasakan suasana yang sunyi dan jika nasib mereka baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang berada di situ. Namun jika nasib tidak baik, bersedialah untuk perkara yang tidak diduga.

Apakah Sebenarnya Permainan ‘Spirit of the Coin’?

Pada asalnya ‘Spirit of the Coin’ bukanlah sebuah permainan sebaliknya ia merupakan suatu kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang telah meninggal dunia. Kaedah ‘Spirit of the Coin’ digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia. Kaedah ini biasanya digunakan untuk:

  1. Bertanya khabar orang yang telah meninggal dunia.
  2. Mengetahui kedudukan roh.
  3. Berkomunikasi dengan roh.
  4. Meminta bantuan secara ghaib.
  5. Mencari barang atau orang yang hilang.
  6. Untuk mengetahui cara kematian roh tersebut sama ada kemalangan, dibunuh dan sebagainya.
  7. Untuk bertanya mengenai sesuatu yang penting seperti kata laluan, nombor pin dan kedudukan harta.

Proses Ritual ‘Spirit of the Coin’

Setelah kertas ‘Spirit of the Coin’ diisi lengkap dengan huruf A-Z, nombor 0-9, ditulis dengan perkataan ‘Yes’, ‘No’, ‘Home’ dan ‘Good Bye’, pemain boleh menjemput roh yang tertentu atau memanggil roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila terdapat roh yang menghadirkan diri, kita perlu bertanya roh tersebut beberapa soalan untuk memastikan bahawa roh yang hadir itu adalah roh yang kita mahukan.

ouija board

Selepas memastikan bahawa ia adalah roh yang diinginkan, seseorang pemain boleh mula bertanya mengenai apa sahaja soalan yang ingin ditanya atau berbual dengannya. Melalui permainan ‘Spirit of the Coin’ ini dipercayai bahawa roh akan menjawab soalan yang ditanya dengan cara menggerakkan duit syiling itu ke arah huruf-huruf dan membentuk satu ejaan bagi menjawab soalan pemain.

Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh yang terdapat di sekeliling kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar kerana kebolehan kita terhad . Orang yang pakar dalam seni kerohanian seperti Yoga, Meditasi dan pengamal ilmu agama biasanya dapat merasai kehadiran mereka.

Mengikut sesetengah kepercayaan, semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Sebab itulah kita tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain permainan ‘Spirit of the Coin’, secara tidak langsung dia seolah-olah dengan rela hatinya membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk ke dalam kehidupannya.

Apabila sebuah roh hadir ia akan memasuki badan salah seorang pemain itu dan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pemain yang lain dan ia hanya akan keluar selepas proses tersebut selesai. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam permainan ini dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.

coin

Mantera untuk memanggil roh ‘Spirit of the Coin’ berbunyi begini, “Spirit, spirit of the coin. Spirit, spirit of the coin. Spirit, spirit of the coin. Please come out and play with us”. Mantera ini tidak dapat dipastikan kesahihannya namun inilah mantera yang selalu digunakan di dalam permainan ‘Spirit of the Coin’.

Mantera tersebut perlu terus dilafazkan sehingga syiling itu bergerak perlahan-lahan. Tetapi harus diingatkan semasa salah seorang pemain membaca mantera itu, pemain yang lain haruslah senyap tanpa bersuara. Apabila merasakan seperti roh yang diseru sudah datang, bolehlah bermain dan tanyalah puas-puas apa yang hendak ditanya. Selesai bermain, roh itu perlu dihantar balik.

Risiko Permainan ‘Spirit of the Coin’

Kadang-kadang dalam beberapa kes (mengikut kepercayaan sesetengah pihak) roh yang tersesat atau roh orang yang mati dalam keadaan terseksa akan memasuki ritual ini dan berlakon kononnya ia adalah roh orang yang kita maksudkan . Selalunya jawapan yang mengelirukan akan diberikan oleh roh yang menyamar kerana ia tidak mengetahui jawapan yang tepat untuk soalan yang ditanya. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan pemain selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan terus mengekori dan mengganggu pemain tersebut seumur hidup.

Antara risiko bermain ‘Spirit of the Coin’ ini ialah jika tengah bermain itu pemain mengangkat jari dari duit syiling, roh tu akan mengikut kita balik dan mengganggu kita sebab tidak hantar dia balik ke tempat asalnya iaitu alam roh.

histeria

Risiko lainnya adalah terdapat kemungkinan roh yang dipanggil ke dalam permainan ‘Spirit of the Coin’ berdegil tidak mahu balik, pemain-pemain perlu teruskan permainan ini dengan roh itu sehingga ia puas dan ia bersetuju untuk ke petak ‘home’ atau ‘good bye’ yang tertulis dia atas kertas permainan ‘Spirit of the Coin’. Kadang-kadang roh tidak mahu pulang ke tempat asalnya kerana ia ingin terus berkawan dan berdamping dengan pemain yang disukainya.

Selain risiko yang disebutkan di atas, risiko yang sebenar-benarnya adalah akidah kita terutamanya bagi orang Islam. Disebabkan permainan ini melibatkan pemujaan roh, ia boleh mengakibatkan terpesongnya akidah seseorang jika benar-benar mempercayai pemujaan ini.

Jika seorang pemain itu adalah orang Islam, wajib bagi dia untuk bertaubat kerana pemujaan ini merupakan suatu perbuatan syirik di sisi Allah. Sebagai pesanan kepada yang beragama Islam, janganlah sesekali bermain permainan yang berbentuk pemujaan ini kerana bimbang ia merosakkan akidah dan boleh jatuh syirik.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

2 COMMENTS

  1. assalamualaikum , nama aku ezal aku berumur 16 tahun , aku nak tanya , kalau main spirit of the coin ni jika salah seorang pemain dia terangkat JARI atau terangkat TANGAN apa risiko pemain aku … aku harap korang boleh kongsi lah dengan aku

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here