Amber Court, Hotel Berhantu Di Genting Highlands

Ling dan kekasihnya Jun yang berasal dari China telah mendapat peluang untuk datang ke Malaysia atas urusan kerja. Ketika berada di Malaysia, mereka mengambil kesempatan untuk ke Genting Highlands dan telah berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino.

Bersama kemenangan itu, mereka terpaksa menginap di hotel Amber Court yang memang terkenal sebagai Haunted Hotel (hotel berhantu). Tanpa disedari mereka telah menuju ke satu perjalanan yang sangat menakutkan di mana banyak perkara yang aneh yang mula berlaku terhadap mereka, dan mereka juga sering diganggu oleh seorang wanita yang berpakaian serba putih. Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini? Mampukah mereka keluar daripada malapetaka ini?

haunted hotel 2017

Haunted Hotel merupakan filem terbaru arahan Ryon Lee ini turut dibintangi oleh pelakon tempatan seperti Teddy Chin, Alvin Chong dan Azman Hassan. Filem juga menampilkan pelakon luar negara seperti Aom Sushar dari Thailand dan Li Chuan dari China. Mari kita saksikan trailer filem Haunted Hotel di bawah.

Menarik tak trailer itu tadi? Untuk pengetahuan pembaca setia kisahseram.com, dalam diam-diam filem Haunted Hotel ini telah berjaya mengaut keuntungan hampir RM10 juta selepas seminggu ditayangkan di China.

Filem Haunted Hotel telah menjadikan lokasi seram, Hotel Amber Court di Genting Highlands sebagai lokasi penggambarannya. Malah, babak di Amber Court sahaja mengambil masa sehingga 20 hari.

haunted hotel 2017

Mungkin ada yang bertanya kenapa lokasi itu dipilih? Jawapannya, kalau kita taip carian hotel berhantu di Asia, hotel itu menjadi antara hotel yang disenaraikan sebagai hotel berhantu.

HAUNTED HOTEL bakal menghantui malam anda di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Oktober ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.