Ada Sesuatu Di Atas Tangga

Cerita ini berlaku ketika aku masih kecil. Ketika itu, aku tinggal di sebuah rumah dua tingkat dan aku selalu bermain seorang diri dengan berlari memanjat tangga sehingga ke bahagian atas sepantas yang mungkin. Seingat aku, aku baru berumur antara empat atau lima tahun pada masa itu. Walaupun aku tidak berapa pasti berapa umur aku pada ketika itu, namun aku tahu yang aku masih sangat kecil pada waktu itu.

Aku selalu bermain dan berlari naik turun di tangga rumah aku sehinggalah pada suatu hari aku terdengar satu suara berbisik dari bahagian atas tangga. Suara itu akan membuat pertaruhan dengan aku seperti “Aku bertaruh 1 sen yang kau pasti tidak akan dapat panjat naik tangga ini sampai ke atas”. Aku pula tidak terfikir ada jumlah masa yang tertentu atau apa-apa. Seperti yang telah aku katakan, saya masih lagi kecil masa itu jadi aku mungkin tidak mempunyai sebarang kebolehan mengira.

creepy stairs

Aku masih ingat, aku akan duduk di bahagian atas tangga dan berbual-bual dengan suara ini tentang pertaruhan yang kami buat setelah habis bermain. Akhirnya suara itu (ia adalah seperti bisikan suara seorang lelaki, bukan suara aku sendiri dalam kepala aku) mula membuat taruhan ke atas hidup aku. Daripada beberapa sen, ia mula mengatakan “Aku bertaruh dengan hidup kau yang kau tidak akan boleh memanjat tangga ini hingga ke bahagian atas.”

Suara misteri itu berhenti dengan sendiri apabila usia aku semakin meningkat. Aku tidak pernah benar-benar berfikir tentang hal itu sama sekali. Aku juga tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai suara yang sering berbisik kepada aku sehinggalah pada satu malam ketika aku bermalam di rumah abang aku. Masa ni umur aku sudah 18 tahun manakala abang aku pula berumur 22 tahun.

Semasa bermalam di rumah abang aku, kami telah bercerita tentang bermacam-macam perkara sehinggala tiba ke topik cerita yang menyeramkan. Entah macam-mana tiba-tiba terkeluar dari mulut aku mengenai “suara di bahagian atas tangga” dan abang aku terus senyap dan menunjukkan reaksi yang pelik.

ghost on stairs

Sebelum sempat aku bercerita tentang aspek pertaruhan, beliau bertanya kepada aku, “Adakah suara itu membuat pertaruhan dengan adik?” Mendengar itu, kami sama-sama melihat antara satu sama lain dengan rasa terkejut. Terasa menakutkan apabila mengetahui tentang fakta tersebut. Meremang bulu roma kami berdua.

Rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja, malah abang aku turut diganggu oleh suara itu. Selama ini aku ingatkan itu hanyalah khayalan aku semata-mata atau kawan bayangan yang aku cipta sendiri semasa kecil kerana aku tiada teman untuk bermain. Banyak kejadian buruk yang menimpa keluarga aku dalam tempoh masa tersebut dalam hidup aku. Tempoh masa yang aku maksudkan adalah sepanjang aku mendengar suara bisikan misteri itu sehinggalah suara itu hilang dengan sendirinya.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang alim dan kuat agama, mak aku pernah berkata terdapat banyak makhluk jahat dalam hidup kami pada masa itu. Pada ketika itu, aku sama sekali tidak terfikir bahawa rumah kami dihantui. Untuk pengetahuan semua, rumah kami dibina pada lewat tahun 70-an dan setelah aku meningkat dewasa, aku tidak pernah mengalami apa-apa perkara pelik seperti itu lagi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.