9 Tanda Menunjukkan Gangguan Saka Dalam Badan Anda.

Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada terus membiarkan makhluk terkutuk itu bersarang di dalam badan anda.

Saka adalah satu perjanjian di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.

Seperti yang selalu saya jelaskan dalam artikel-artikel saya sebelum ini, apabila seseorang itu ada gangguan di dalam badannya, tidak boleh tidak, mesti akan ada tanda-tanda zahir gangguan pada dirinya.

hantu

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Jika tanda-tanda ini ada pada anda, perkara yang perlu anda lakukan ialah bersegera berjumpa dengan pakar perubatan islah atau yang berkaitan dengan
ilmu ghaib yang bertauliah.

hantu

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang.

hantu

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

95 − = 87