50 Pelajar Histeria Selepas Tebang Pokok Besar

Pada Oktober tahun lalu, lebih 50 pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi diserang histeria secara tiba-tiba mencetuskan suasana panik kepada guru dan pelajar. Kejadian kira-kira 9 pagi itu pada mulanya menyerang kumpulan pelajar tingkatan empat yang menyebabkan mereka meraung.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, Nor Hisham Abdullah Sani berkata, histeria menyerang sekumpulan pelajar tingkatan empat kemudian berjangkit kepada pelajar tingkatan tiga dan lima. “Pengetua dan guru-guru bertindak proaktif dengan mengumpulkan semua pelajar ke dalam dewan untuk mengelakkan pelajar yang terkena histeria melakukan perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan pelajar lain,” kata Nor Hisham Abdullah Sani..

histeria

“Semua pelajar dan guru kemudian membaca surah Yasin untuk meredakan keadaan. Setiap kali serangan histeria berlaku, seramai sembilan hingga 10 pelajar akan meraung secara serentak. Namun semuanya kembali terkawal menjelang jam 1 petang,” katanya lagi.

Kejadian jam 9 pagi tersebut didakwa berlaku selepas Majlis Perbandaran Kajang menebang tiga batang pokok besar berhampiran sekolah berkenaan. Pokok-pokok tersebut ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan pejalan kaki dan pintu gerbang kedua sekolah terbabit, menurut laporan itu lagi.

histeria

Difahamkan, pihak sekolah meminta bantuan daripada Pusat Rawatan Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi bagi mengadakan majlis solat hajat. Oleh itu, satu majlis solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan di sekolah tersebut pada hari Jumaat minggu tersebut.

Terbaharu, dikatakan terdapat insiden serangan histeria berlaku lagi di sekolah berkenaan pada hari Rabu. Selepas terkena histeria, beberapa ibu bapa dan anak yang terlibat telah datang ke pusat rawatan Darussyifa’ bagi mendapatkan rawatan.

histeria

Menerusi satu ‘posting’ di laman Facebook, terdapat seorang individu yang mendakwa mendengar suara jeritan di sekolah itu dan memberi gambaran mengenai kejadian yang berlaku. Bagaimanapun tidak dipastikan berapa ramai pelajar yang diserang histeria, dan sama ada dakwaan itu daripada pihak guru atau pelajar.

“Kecoh!! Kelam kabut!! Berpuluh pelajar diserang histeria!! Jeritan nyaring macam pontianak bersahutan di sana sini. Bacaan ayat-ayat Al-Quran dan suara azan berkumandang di seluruh kawasan sekolah,” memetik satu ‘posting’ di Facebook mengenai serangan histeria yang membabitkan lebih 50 pelajar itu.

histeria

Dilaporkan terdapat dakwaan yang mengatakan kejadian berlaku selepas pokok besar berhampiran sekolah berkenaan ditebang. Bagaimanapun menurut sumber, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berpunca daripada pokok-pokok yang ditebang atau berpunca dari tekanan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here