15 Tahun Berkahwin Tidak Dikurniakan Zuriat, Rupa-Rupanya Terkena Sihir Pemisah!

Artikel yang akan kisahseram.com siarkan kali ini merupakan sebuah perkongsian dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin di laman sosial facebook. Seorang pesakit pusat rawatan ini merupakan seorang wanita yang telah berkahwin selama 15 tahun, tetapi beliau masih belum kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Nama pesakit terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik beliau sekeluarga. Sepanjang 15 tahun tersebut, beliau tidak pernah mendapatkan rawatan secara Islam, sejak beliau disahkan oleh doktor bahawa beliau menghidap penyakit kanser rahim tahap satu.

Namun begitu, di atas nasihat kakak angkat beliau, beliau akhirnya datang membuat rawatan Islam dengan Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Sebelum ini, beliau tidak pernah mendapatkan rawatan melalui kaedah Islam kerana terlalu percaya dengan diagnosis doktor dan cara moden. Setelah diruqyah dengan ayat-ayat suci Al-Quran, beliau menjerit kesakitan dan dirasuk jin yang telah sekian lama menumpang tubuhnya.

Tidak lama selepas itu, beliau muntah darah. Habis meyembur darah keluar semasa beliau muntah itu. Barulah beliau sedar rupa-rupanya selama ini beliau terkena Sihir Pemisah yang dihantar oleh bekas kekasih suaminya dahulu. Tujuan bekas kekasih suaminya itu menghantar sihir tersebut adalah untuk membalas dendam. Inilah dunia akhir zaman, semakin ramai orang yang tidak suka melihat orang lain bahagia.

muntah darah

Di bawah ini merupakan antara tanda-tanda gangguan sihir pemisah:

  1. Kerap sakit belakang, tengkuk, urat belikat, bahu, rasa berat dan sakit
  2. Kerap sakit kepala yang berpanjangan dan bahagian depan kepala kerap rasa berat
  3. Kerap sendawa, angin dan sebu perut
  4. Kerap sakit ulu hati, sakit dada, rasa macam tercekik dan kerap sesak nafas
  5. Sakit bisa seluruh sendi badan
  6. Kitaran haid tidak normal, kadang-kadang keluar banyak tak berhenti dan ada juga tidak keluar langsung
  7. Kerap sakit perut seperti di hiris senak
  8. Sukar mendapat zuriat
  9. Menjadi marah benci tanpa sebab pada suami atau isteri
  10. Tiada nafsu apabila bersama isteri atau suami
  11. Badan suami atau isteri terhidu bau busuk meloyakan
  12. Menjadi rindu sayang apabila berjauhan dengan pasangan
  13. Cepat sedih dan terasa dan berdebar-debar takut tanpa sebab
  14. Fikiran menjadi stress dan tidak menentu
  15. Sukar tidur malam dan kerap ternampak kelibat hitam di dalam rumah
  16. Menjadi sakit bisa badan bila terdengar ayat suci Al-quran
  17. Menjadi berat hendak beribadah
  18. Kerap bermimpi pasangan kita curang dengan org lain
  19. Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi bermain dengan budak kecil, mimpi tempat busuk dan lain-lain mimpi yang menakutkan
  20. Perasaan sayang menjadi pudar pada pasangan

sihir pemisah

Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin menasihatkan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, segeralah mencari pusat rawatan Islam berhampiran anda. Jangan sengaja melengah-lengahkan kerana akibatnya hubungan anda suami isteri akan bertambah panas. Semoga perkongsian ini dapat membantu mana-mana insan yang teraniaya dan yang amat memerlukan pertolongan.

Semoga dijauhkan perbuatan sihir daripada berlaku pada kita, pasangan atau keluarga kita hendaknya. Kepada pembaca setia kisahseram.com, dipersilakan share post ini agar semua tahu tanda-tanda jika terkena sihir pemisah agar mereka dapat mendapatkan rawatan dengan segera.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here