10 Perkara Paling Tipikal Orang Kita Selalu Buat Lepas Tengok Cerita Hantu. Penakut!

Setiap yang bergelar manusia mempunyai rasa takut. Bilamana fikiran dan perasaan dikuasai ketakutan semua benda kita pandang sebagai ancaman. Lebih-lebih lagi jida ketakutan itu adalah kerana takutkan makhluk halus, macam-macam benda akan bermain di fikiran. Ada hantu kat belakang lah, tak nak tengok celah langsir lah, takut tengok cermin lah, dan banyak lagi.

Disini saya akan senaraikan sepuluh perkara yang sering dilakukan tanpa sedar. Jom sama-sama kita lihat apakah sepuluh perkara tersebut.

1. Tak nak tengok cermin.
Cermin memang nightmare, lagi-lagi lepas tengok cerita hantu. Kalau kena kat tandas asrama lagilah rasa macam nak nangis. Kalau boleh, memang tak nak tengok cermin langsung. Takut akan ada ‘benda’ kat belakang, atau takut muka berubah jadi lain. Cuba bayangkan situasi di mana korang tengah basuh muka sebelum tidur depan cermin, mula-mula okay. Tapi lepas tunduk nak bersihkan muka, tengok cermin balik, tiba-tiba ada ‘benda’ berdiri kat sebelah. Fuuhh. Seram gila!

2. Selubung dalam selimut sambil pejam mata
“And whatever happens, just don’t open your eyes! Tak kisahlah apa jadi pun, saya tetap tak nak buka mata dan teruskan selubung dalam selimut sampai esok pagi. Saya yakin, selimut saya yang kebal tu akan lindungi saya daripada anasir jahat di luar sana. Saya memang tak berani nak jenguk kat luar walaupun sikit. Kalau saya ada terdengar apa-apa, saya biarkan saja, walaupun dalam hati rasa nak menjerit sekuat hati. Lebih baik stay dalam selimut dan tidur terus.
hantu
3. Sambung katil, tidur ramai-ramai secara berjemaah dan tak nak tidur paling hujung
Mereka yang tinggal di asrama tentunya pernah menghadapi detik-detik ini. Ada satu hari di sekolah ada buat tayangan amal pasang cerita hantu ‘Ju-On 2 The Final’ kat dewan besar. Semangat betul masa tu pergi tengok ramai-ramai. Seronok gila sebab cerita tu seram sangat dan semua orang tak berhenti menjerit. Lepas dah tengok, terus rasa menyesal. Jalan pergi mana-mana semua nak berteman. Pergi tandas pun ramai-ramai. Tidur malam pun semua takut, dan akhirnya kami buat keputusan untuk sambung katil dan tidur secara berjemaah. Semua akan berebut untuk tidur di tengah-tengah. Yang kena tidur paling hujung tu nasib lah.

4. Takut nak juntai kaki atau tangan keluar nanti boogeyman tarik
“Katil semestinya menjadi kubu terakhir untuk selamatkan diri lepas tengok cerita hantu. Bila dah baring, rasa selamat dan tak risau daripada sebarang gangguan roh jahat yang menghantui. Cuma, agak risau bila saya ‘ter’ keluarkan kaki atau tangan ke bahagian luar tilam sampai terjuntai keluar. Yang ini bahaya! Kalau kaki atau tangan terjuntai ke luar katil, perasaan takut ditarik hantu mula menguasai diri. Takut ada hantu yang menarik kita hingga ke bawah katil.

5. Tidur buka lampu dan pasang lampu satu rumah
Disebabkan cerita hantu banyak berkisar ketika situasi gelap, maka saya pun tak nak terjun ke alam kegelapan. Saya akan buka semua lampu dalam rumah dan pastikan setiap sudut rumah terang benderang. Saya lagi sanggup habiskan duit daripada jumpa hantu. Jangan tuduh saya ni penakut sebab saya tahu korang pun sama jugak.”
hantu
6. Drive kereta laju-laju tak tengok cermin belakang
“Saat dalam kereta nak memandu balik rumah itulah yang paling menyeramkan sekali. Dah lah kena drive sorang-sorang, dah lewat malam pulak tu. Kalau siang tak ada hal lagi. Sebaik saja saya jejakkan kaki kat tempat parking, bulu roma saya dah start naik. Fikiran saya dah melayang fikir macam-macam. Saya cepatkan langkah masuk kereta, start engine, dan terus pandu kereta laju-laju. Nak tengok cermin belakang, tak berani. Takut pulak nanti tiba-tiba ada ‘something’ kat seat belakang. So nak tak nak kena drive laju jugak. One last ride!”

7. Tidur dulu sebelum orang lain tidur
Sementara suasana malam masih meriah, inilah masanya untuk saya ambil kesempatan berdengkur dulu sebelum orang lain. Kan senang, tak payah nak fikir pasal hantu tengah-tengah malam. Aman damai hidup. Ya, saya ni memang penakut. Tengok cerita hantu yang tak seram pun saya susah nak move on. Kalau yang seram, mungkin akan ambil masa sebulan untuk saya berani balik.

8. Simpan segala baju, jubah, atau telekung yang bergantung kat dalam almari
Jangan main-main. Sekali terjaga pukul 3 pagi lepas tu terpampang kain telekung depan mata, mahu tak pengsan korang. Benda macam ni pernah terjadi kat saya sekali. Masa tu saya takut sangat sampai tak boleh fikir lepas tengok cerita ‘The Conjuring’. Masuk bilik terus tidur dan tak pergi buang air pun. Lepas tu terbangun pukul 2.30 pagi, masa tu dah tak fikir pasal hantu dah sebenarnya. Tiba-tiba bangun je dari katil terus nampak telekung tergantung. SERIUS SERAM GILA! Rasa macam nak pengsan. Terus mulut saya terkumat-kamit baca ayat Qursi. Nasib baik tak terkencing dalam seluar. Memang saya tak boleh lupa moment ni sampai bila-bila.
hantu
9. Barulah nak ingat Al-Quran
Time macam ni barulah sibuk nak belek dan baca Al-Quran untuk jadikan pendinding daripada gangguan makhluk halus. Sebelum tu macam buat endah tak endah je. Allahu, terasa insaf sekejap. Ada bagusnya juga tengok cerita hantu ni ya. Lagi-lagi cerita macam ‘Munafik’ yang ada banyak mesej dan elemen keinsafan. Sekurang-kurangnya ada juga saya baca Al-Quran. Semoga saya akan terus konsisten mencari redha Allah. Nyah kau hantu!”

10. No lift please. Tangga je please.
Saya memang tak suka naik tangga. Tapi entah macam mana boleh jadi bersemangat pulak lepas tengok cerita hantu. Tak payah cerita hantu lah, sekarang ni elevator prank pakai hantu pun banyak. Ish benci betul. Terbayang-bayang setiap kali naik lif. Nak selamat, saya akan elakkan naik lif, Saya tak akan naik lif bila saya sorang-sorang. Kalau ada kawan tak ada masalah pun. Tapi seram jugalah sebenarnya. Mana tahu kawan saya tiba-tiba jadi hantu. Haha.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here