Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Seseorang

Adakah anda menpunyai nenek moyang yang pernah mengamalkan saka? Mungkin ya dan mungkin tidak, tetapi apakah tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin tergolong dalam kalangan yang mewarisi saka. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

pesta

Saka adalah satu perjanjian mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan sesuatu seperti kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu. Saka boleh diwarisi dan dipindahkan kepada waris si pengamal sehingga tujuh keturunan, lebih-lebih lagi kepada waris yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si pengamal saka.

pesta

Seperti tanda-tanda gangguan lain, seseorang yang ada gangguan di dalam dirinya, secara tidak langsung akan menzahirkan tanda-tanda gangguan yang ada di dalam badannya. Kebiasaanya, mereka yang akan mewarisi saka akan mendapat mimpi-mimpi yang pelik sepertinya, selalu bermimpi jatuh dari tempat yang sangat tinggi, bemimpi berada di awangan dan juga sering bermimpi dikejar binatang dan dipatuk ular.

pesta

Selain daripadaa mendapat mimpi-mimpi tersebut, terdapat juga tanda-tanda yang sangat jelas sekiranya seseorang itu mempunyai saka di dalam dirinya. Antara tandanya ialah, acap kali bermimpi menerima satu bungkusan dari seseorang, bermimpi sedang menyusukan bayi atau mendukung.

Selain dari mendapat petanda dari mimpi, terdapat juga petanda lainnya seperti, mempunyai kesan lebam pada bahagian tubuh setelah bangun dari tidur, rumahtangga sering bermasalah, sering bergaduh walaupun dalam pperkara remeh, anak-anak yang tidak mendengar kata dan degil serta kerap rasa sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali,

pesta

Jika anda didapati menpunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, segeralah mengambil tindakan awal dengan berjumpa pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Selain itu, selidiki salasilah keturunan anda mungkin ada nenek moyang anda pernah mengamalkan saka.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat juga merupakan ssalah satu cara untuk mengeluarkan saka dalam badan seseorang.

pesta

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.