Suara Rintihan Dari Kubur Remaja Murtad

Artikel yang akan team kisahseram.com paparkan kali ini adalah berkenaan azab kubur terhadap golongan yang murtad. Kisah ini berdasarkan kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata. Tujuan artikel ini disiarkan bukanlah untuk mengaibkan mana-mana individu yang terlibat tetapi sebagai pengajaran dan pedoman buat kita yang masih hidup.

Kisah 1

Kisah ini adalah berkenaan seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Telah beberapa kali Razali (bukan nama sebenar) menduduki peperiksaan PMR tetapi namun dia tetap gagal. Pada suatu hari, di hadapan kawan-kawannya, Razali telah berkata, “Kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk agama Kristian”.

Dengan izin Allah, beliau telah lulus dalam peperiksaan tersebut dan tidak lama kemudian, beliau terlibat dalam kemalangan dan seterusnya meninggal dunia.

Jenazah Razali diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaannya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari arah kubur si mati. Apabila ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa si mati adalah seorang budak yang baik.

suara dari kubur

Namun begitu, terdengar tangisan yang berterusan dari kubur berkenaan. Setelah ditanya dan disiasat betul-betul, barulah dimaklumkan mengenai nazar si mati dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas dipindahkan, barulah tiada tangisan yang kedengaran.

Oleh itu, marilah kita sama-sama ambil pengajaran dari kisah di atas. Diingatkan kepada semua pembaca kisahseram.com agar sentiasa berhati-hati dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sesungguhnya, apa yang kita dituturkan itu turut menjadi doa.

Kisah 2

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah mereka diuruskan, didapati salah satu dari jenazah tersebut telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain lagi.

pocong

Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan yang terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan oleh mereka terpaksa dibuang kukunya kerana ada pewarna kuku dan kepalanya turut dicukur kerana rambutnya telah diwarnakan.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk memastikan ‘roh’ tersebut tidak merayau, namun semuanya gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan si mati, dan dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan si mati ada terdapat tatu, namun tidak diketahui pula apa yang dilukiskan pada tatu tersebut.

tatu

Setelah beberapa lama dan mungkin sebagai jalan penyelesaian terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau-rayau lagi.

Jadi, ada kemungkinan bahawa tatu yang terdapat pada badan si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walaupun pada zahirnya beliau berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.

Sumber : eberita.org

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.