Pocong Berdekatan Bilik Mayat Hospital Kulim

Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut bukan kepalang apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran dengan bilik mayat di sebuah hospital di daerah Kulim pada satu malam di bulan november tahun 2014.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan beliau ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya lagi, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar yang diambil sebelum terlihat imej asing yang kelihatan seperti pocong yang sedang duduk di atas kerusi di laluan yang manuju bilik mayat berkenaan.

pocong bilik mayat

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan mereka akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” kata Azmi Rejab.

Sumber : Sinar Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.