Misteri Volkswagen Kuning Tanpa Pemandu Di Lebuhraya Karak

Kisah sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning tanpa pemandu yang sering muncul di jalan lama Karak dan mengganggu pengguna jalan raya tersebut merupakan antara kisah legenda hangat yang heboh diperkatakan sejak sekitar tahun 1956.

Kereta Volkswagen kuning berkenaan dikatakan akan muncul secara tiba-tiba dan dipandu dengan perlahan-lahan. Sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, dengan tiba-tiba ia akan berada di hadapan semula secara mengejut. Bahkan, beberapa kemalangan yang berlaku di sekitar jalan itu sering dikaitkan dengan kemunculan dan gangguan kereta Volkswagen kuning.

Malah setelah Lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, kisah Volkswagen kuning semakin hangat diperkatakan. Ini kerana sejak terbinanya Lebuhraya Utara selatan, kereta Volkswagen kuning tanpa pemandu semakin kerap muncul dan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.

Sejarah Volkswagen kuning yang menghantui pengguna lebuhraya itu dipercayai bermula dengan kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya itu.

Volkswagen kuning

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Jadi, akibat dendam dan perasaan ingin memiliki kembali Volkswagen kuning kesayangannya itu dia menjadi hantu Volkswagen. Namun jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam oleh isterinya sendiri.

Hakikatnya, mana-mana hantu yang pernah terlihat oleh manusia itu semua adalah jelmaan jin dan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menakut-nakutkan dan menyesatkan manusia. Ini kerana roh orang yang telah mati tidak boleh kembali semula ke dunia yang fana ini dalam apa jua bentuk jelmaan sekalipun, apatah lagi untuk memandu kereta Volkswagen kuning di lebuhraya.

Menurut pengalaman seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang datang dari arah Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal, beliau pernah melalui Lebuhraya Karak dan terserempak dengan kereta Volkswagen kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009. Kejadian itu berlaku pada waktu senja, kira-kira jam 7.30 malam. Oleh kerana beliau mengetahui akan misteri Volkswagen kuning, beliau mengambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut.

Volkswagen kuning

Disebabkan kereta itu bergerak perlahan, dengan jelas pelajar itu nampak kereta tersebut bergerak tanpa pemandu. Beliau terus cekalkan hati dan tidak memotong Volkswagen kuning sehingga dengan sendirinya ia hilang dari pandangan.

Sumber : says.com

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.