Misteri Bas Puaka Tanpa Pemandu

Kisah ini bermula pada suatu malam. Jam waktu itu menunjukkan lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Ada seorang mamat ni bersama dengan rakannya. Nama mereka Asraf dan Wahid (bukan nama sebenar). Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Selangor melalui Jalan Kepong.

Setibanya mereka di Ijok, berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat kaum India, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Asraf mengalami kerosakan. Asraf tidak dapat nak menghidupkan enjin keretanya semula, walaupun dicuba berulang-ulang kali. Padahal kereta tersebut masih lagi baru dibeli sebulan yang lalu.

kubur cina

Tidak ada pilihan lain, Asraf dan Wahid terpaksalah menolak kereta tersebut ke bahu jalan agar tidak menghalang laluan. kemudian, mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu di kawasan itu. Dengan keadaan malam yang gelap gelita, tidak ada siapa yang sudi menolong sedangkan kereta mereka rosak di tepi jalan.

Tiba-tiba mereka berdua terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan, padahal jarak bas tersebut dengan tempat mereka berdiri tidaklah begitu jauh. Tetapi bas tersebut tidak juga sampai-sampai. Asraf dan Wahid mula menggigil ketakutan. Mana taknya, bas itu sebenarnya tidak ada pemandu, bahkan tidak ada orang langsung di dalamnya. Macam-mana bas itu boleh gerak sendiri?

bas kosong

Ketika itu, kaki Asraf mula tidak boleh bergerak seolah-olah kakinya melekat pada tanah tempatnya berdiri. Akibat terlampau takut, Asraf dah mula terkencing kat dalam seluar, nak lari pun tak boleh. Manakala mulut Wahid pula mula terkumat-kamit membaca jampi serapah nak halau hantu. Wahid nak cuba lari tapi dia juga tidak mampu. Selepas itu, mereka mula tercium macam-macam bau! Waktu tu Tuhan saja yang tahu betapa takutnya mereka.

Apabila bas itu sudah semakin hampir, memang sah bas tidak ada pemandu. Asraf dan Wahid masing-masing dah tersandar kat kereta menanti waktu hantu nak cekik. Tiba-tiba, “Bang, boleh tolong tolak bas ni tak? Rosak la bang”, terdengar suara dari arah belakang bas. Serentak dengan itu, mereka berdua ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.