Lagenda Kapten John Yang Menghantui Kem-Kem Tentera

Pernah tak anda dengar tentang cerita hantu Kapten John? Jika anda bekerja sebagai seorang anggota tentera, pastinya anda kenal atau sekurang-kurangnya pernah mendengar tentang cerita Kapten John ini.

Kapten John, yang nama penuhnya tidak diketahui merupakan seorang pegawai tentera darat British berpangkat kapten dan bertugas sebagai pegawai latih di Malaya pada sekitar akhir tahun 1930-an dan awal 1940-an. Kapten John telah diberikan mandat untuk melatih askar-askar Melayu pada ketika itu yang baru sahaja ditubuhkan selepas pengambilan pertama menunjukkan prestasi yg baik. Pengambilan pertama itu melibatkan seramai 25 orang anak Melayu pada ketika itu.

Kapten John ditempatkan di Kem Port Dickson, Company B sebagai Officer Commanding (OC) company. Sesuai dengan pangkatnya sebagai ketua kompani, Kapten John dipercayai berpewatakan serius, mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan cukup tegas orangnya. Jika ada di kalangan pelatihnya yang tidur tanpa menggantungkan kelambu, keesokan paginya pasti mendapat ‘habuan’ dari Kapten John. Memang hobi Kapten John ni suka memeriksa pelatihnya tidur dari berek ke berek (dorm) kalau dia bertugas shif malam sebagai duty officer.

Tidak lama selepas itu, Malaya diserang oleh Jepun. Jadi askar British yang berada di Malaya pun membuat pertahanan dan bertempur dengan askar jepun. Pada masa itu, bukan sahaja askar British yang terlibat dalam pertempuran ‘Battle of Malaya’ ini, malah askar dari Gurkha, India dan beberapa negara Komanwel yang lain turut terlibat. Pertempuran ini juga melibatkan anak-anak Melayu ketika itu. Pertempuran yang sengit banyak terjadi di sekitar Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan juga negeri Johor. Akibat pertempuran sengit ini, ramai askar British yang terkorban dan menjadi Prisoner of War (POW).

askar jepun

Disebabkan British tersilap dalam membuat percaturan, maka dengan mudah Jepun dapat menawan Malaya. Dalam masa lebih kurang 50 hari, bermula dari Kelantan hingga ke Johor Bharu, Malaya jatuh sepenuhnya ke tangan Jepun. Akhir sekali, pertahanan British di Singapura pun ranap dikerjakan oleh Jepun. Di bawah pimpinan Jeneral Yamashita, seluruh Malaya dan Singapura secara rasmi berjaya ditawan oleh Jepun.

Jeneral Yamashita

Lalu, apa terjadi kepada Kapten John? Beliau turut menjadi tawanan askar jepun atau POW setelah kompaninya kalah dalam satu pertempuran di sekitar Negeri Sembilan. Kapten John telah dibawa ke kem Port Dickson yang ketika itu dijadikan sebagai tempat tahanan POW. Di situlah riwayat hidup Kapten John berakhir.

Sebelum dijatuhkan hukuman pancung kepala, Kapten John ditanya apakah permintaan terakhir beliau. Kapten John telah meminta sebiji telur rebus. Permintaannya ditunaikan tetapi belum pun sempat beliau mengupas telur rebus tersebut, zzZASS!!!!!! Tanpa sedikit pun belas kasihan, beliau dipancung dan tergoleklah kepalanya ke tanah.

dipancung

Ada cerita yang mengatakan bahawa mayat Kapten John di tanam di situ juga, tetapi ada pula yang kata mayatnya telah dikebumikan di tanah perkuburan wira perang dunia ke-2. Bahkan ada juga yang mengatakan kuburnya tiada sebab mayatnya dibuang entah ke mana.

Maka, bermula dari situlah, roh Kapten John selalu dilihat. Kelibat Kapten John bukan setakat terlihat kat kem Port Dickson sahaja, tapi kat kem-kem lama pasti ada orang yang pernah ternampak kelibat Kapten John. Selalunya abang-abang askar jumpa beliau lengkap memakai pakaian berwarna hijau (jungle green), berseluar pendek tetapi tidak berkepala.

Kelibat Kapten John selalu dilihat berjalan mundar-mandir pada tengah-tengah malam seolah-olah sedang bertugas di sekitar kem. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang bercerita pernah ternampak pegawai pakai baju nombor 1 (pakaian seragam putih) bawa pedang di tangan kanan sambil menjinjit kepala dengan tangan kirinya. Cuba pembaca setia kisahseram.com bayangkan kalau anda terjumpa dengan orang yang tidak ada kepala dan berjalan dengan bunyi tapak kasut berdetap-detup. Rasanya mahu gugur jantung tu kan?

hantu tak berkepala

Ada sekali tu, sorang member aku cerita yang dia pernah sekali terserempak dengan Kapten John semasa tengah bertugas sebagai sentri malam. Pada masa itu die belum tamat latihan rekrut di Port Dickson. Masa awal-awal dia sentri tu semuanya ok saja. Tapi tidak lama selepas itu, dia pun rasa bosan sebab dia sorang-sorang je kena jadi sentri pada malam itu.

Untuk hilangkan rasa bosan itu, dia pun hisaplah sebatang rokok. Untuk mengelakkan dari kantoi merokok dalam kem dengan jurulatih, member aku ni pun pergi la panjat ke atas bumbung dan lepak kat tepi tangki air. Tengah syok layan asap rokok tiba-tiba terdengar bunyi tapak kasut kat belakang dia.

Pada mulanya, dia ingatkan buddy bilik yang datang cari dia sebab nak join hisap rokok sekali. Sekali dia menoleh ke belakang, tengok-tengok bukan buddy dia tapi orang takda kepala!!! Apalagi, member aku pun terus bukak langkah seribu. Macam mana die boleh sampai kat bilik pun dia sendiri tak ingat. Lepas itu member aku demam.

hantu tak berkepala

Satu lagi cerita ialah pasal buddy skot aku yang bernama Khairizal. Khairizal ni pernah terjumpa Kapten John masa baru lepas escort seorang pegawai graduan yang baru habis duty ke bilik. Pada masa itu kami masih dalam Basic Junior Officer Course. Pada malam kejadian, tib-tiba je pegawai graduan tu ketuk pintu bilik member aku ni dan meminta untuk temankan dia balik ke penempatan senior. Member aku pun takdalah hairan sangat, mungkin sebab pegawai tu perempuan, jadi member aku pun ok je la untuk temankan dia balik.

Sepanjang perjalanan itu, pegawai graduan perempuan itu langsung tidak bersuara sedikit pun. Padahal perempuan itu sebenarnya memang jenis mulut kepoh. Lepas selamat hantar pegawai graduan tu, member aku pun balik la ke Cadet Mess atau OUT 3. Jauh jugakla jarak dari OUT 1 ke OUT 3 tu. Terpaksa lalu blok OUT 2 yang kosong (penempatan pegawai kadet kanan) sebab penghuninya pergi latihan laut dan kena lalu bangunan pengurusan.

Si Khairizal ni membuat keputusan untuk lalu di padang kawad kerana kat situ terang sikit. Semasa turun dari tangga menuju ke padang kawad tu, dia sempat tengok jam. Waktu itu menunjukkan lebih kurang pukul 1.30 pagi. Apabila dia pandang ke depan semula, haa tu dia!!! Ada seseorang yang tengah terpacak berdiri berdekatan tiang bendera dalam keadaan tabik hormat, lengkap dengan baju nombor satu berwarna putih.

hantu tak berkepala

Pada mulanya member aku ingat skot-skot aku jugak yang kena buli atau kena taji dengan senior. Tapi apabila semakin dekat, barulah member aku perasan yang orang itu tidak ada kepala. Apalagi, tanpa membuang masa angkat langkah seribu la. Keesokan harinya, kecohlah jugak cerita itu.

Lepas kecoh cerita tu, barulah pegawai graduan tu pun bukak cerita kenapa dia minta member aku tu temankan dia balik ke blok OUT 1. Mase dia habis bertugas lebih kurang pukul 12.30 malam, dia pun bersiap-siap la nak balik ke bilik. Masa lalu di tengah padang kawad tu, dia dah ternampak ada seorang lelaki duduk kat tepi tangga. Dia ingat ada Leftenan Muda tengah tuang duty. Kemudian, dia perasan mamat tu tidak ada kepala. Jadi dia pun ke belakang pusing, cepat lari!!!

Ade banyak lagi sebenranya cerita pasal Kapten John ni. Paling kelakar yang aku pernah dengar ialah kalau tak gantung kelambu, sedar-sedar esok pagi dah ada kat tengah padang kawad atau padang bola. Pengalaman aku pula, aku sendiri tak pernah jumpa dengan Kapten John ni. Tapi masa aku pergi ke Kem Tebrau, Johor Bahru ada lah satu malam tu aku terdengar bunyi tapak kasut orang tengah berjalan.

Bayangkanlah pukul 2 pagi waktu tu, tiba-tiba boleh pulak dengar orang berjalan. Terus aku berpeluh-peluh. Lepas tu bunyi tu boleh berhenti betul-betul depan katil aku. Memang lagi lah mencurah-curah peluh aku. Aku pun bacalah ayat Kursi berulang-ulang kali. Sedar-sedar dah azan subuh. Nasib aku baik agaknya.

Lagi satu, yang aku dengar Kapten John ni cukup pantang kalau ada orang simpan telur rebus kat dalam loker. Pasti kena haruk satu bilik. Silap haribulan, boleh terbang loker dibuatnya. Dia mengamuk sebab tak sempat nak makan telur rebus terakhir dia kot.

telur rebus

Tentang siapa sebenarnya Kapten John, aku pun tidak berapa pasti sangat la. Setakat itu saja la cerita yang dapat aku kongsi pasal lagenda Kapten John yang menghantui kem-kem tentera.

Kredit kepada penulis asal cerita ini iaitu Razmanosaurex yang berkongsi pengalaman seram beliau di laman web GengCerita.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.