Jalan Puaka Sweet Hollow

Cerita ini merupakan sebuah kisah benar dari negara luar. Ketika aku berusia 18 tahun, aku benar-benar berminat dengan filem-filem seram dan menakutkan. Aku juga mempunyai keinginan yang membuak-buak untuk melihat atau mengalami sendiri sesuatu yang menakutkan. Pengalaman seram ini terjadi ketika satu musim panas apabila aku mula menyelidik mengenai tempat-tempat yang dikatakan berhantu yang boleh aku lawati.

Kemudian terdapat satu tempat yang begitu menarik perhatian aku iaitu jalan Sweet Hollow yang terletak di Long Island. Banyak juga cerita-cerita legenda bandar popular yang dikaitkan dengan penampakan di sepanjang jalan Sweet Hollow, dan semuanya dikatakan berpunca dari sebuah terowong bawah tanah yang menyeramkan di situ. Beberapa cerita berkenaan adalah mengenai kematian kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam di kawasan tersebut.

Suatu hari, aku mencadangkan kepada sepupu dan abang aku untuk menjejak kawasan Sweet Hollows. Mereka berdua pun sama macam aku juga, fanatik dengan cerita hantu. Mereka berdua terus bersetuju dengan cadangan aku, lebih-lebih sepupu aku itu baru saja dapat lesen kereta. Rancangan kami diketahui oleh mak aku dan beliau berkeras untuk turut serta dalam misi menjejak hantu yang telah kami rancangkan.

haunted road

Pada hari yang telah ditetapkan, kami berempat meronda di kawasan Sweet Hollow dengan kereta. Akhirnya kami sampai di terowong bawah tanah yang heboh dikatakan sebagai kawasan yang keras dan berpuaka. Namun, kami tidak menjumpai apa-apa yang pelik. Kami tidak nampak satu apa pun perkara yang luar biasa di situ.

Hanya satu sahaja peristiwa yang menakutkan berlaku terhadap kami iaitu kami hampir kemalangan kerana jalan di Sweet Hollows yang sempit dan berliku-liku. Kereta kami sedikit terbabas tetapi kami masih bernasib baik kerana tidak terlanggar pokok yang berada di tepi jalan. Disebabkan tiada apa pun yang kami temui, kami menyangkakan bahawa perjalanan kami pada hari itu hanyalah sia-sia.

Tetapi setelah pulang ke rumah, sesuatu yang aneh telah berlaku. Pada keesokan paginya, mak aku memceritakan bahawa sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata kerana dia terasa seperti ada seseorang atau sesuatu yang memerhatikan setiap gerak-gerinya dari arah bawah katilnya.

under the bed

Bukan itu sahaja, malah malam itu aku, sepupu dan juga abang aku telah bermimpi tentang seorang budak lelaki yang berambut hitam. Namun tak seorang pun dari kami yang dapat mengingati wajah budak lelaki tersebut, yang pastinya budak itu berwajah pucat. Sehingga ke hari ini, kami masih percaya bahawa budak lelaki yang muncul di dalam mimpi kami merupakan salah seorang mangsa yang mati di dalam terowong bawah tanah di jalan Sweet Hollow.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kisahseram.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.