Chupacabra, Makhluk Penghisap Darah Haiwan Ternakan

Chupacabra mungkin satu perkataan baru buat kita orang asia namun ia bukan satu prekara yang baru buat orang Amerika yang mana Chupacabra amat popular sebagai makhluk mitos yang menghisap darah haiwan ternakan mereka sehingga mati kerana kekeringan darah.

Chupa membawa makna hisap manakala Cabra membawa maksud kambing. Inilah terjemahan dari perkataan Spain yang mana amat digeruni sejak zaman dahulu lagi sehinggalah ke hari ini walaupun dunia kita kini canggih dan serba moden.

Chupacabra, Makhluk Penghisap Darah Haiwan Ternakan

Untuk makluman anda pembaca setia kisahseram.com, serangan pertama yang diketahui dan dilaporkan berlaku adalah ada bulan Mac 1995 di Puerto Rico. Dikatakan sebanyak 8 ekor kambing bebiri ditemui mati dan masing-masing ada kesan tiga luka di bahagian dada dengan darah yang mengalir.

Chupacabra, Makhluk Penghisap Darah Haiwan Ternakan

Beberapa bulan kemudian selepas kejadian tersebut, seorang saksi bernama Madelyne Tolentino mendakwa ternampak makhluk tersebut dengan mata kepalanya sendiri di di bandar Canovo, Puerto Rico. Beliau mendakwa terlihat peristiwa dimana sebanyak 150 haiwan di ladang dibunuh dengan kejam oleh makhluk tersebut.

Chupacabra, Makhluk Penghisap Darah Haiwan Ternakan

Pada tahun 1975 pula, kejadian yang hampir sama berlaku di pekan kecil Moca. Pada asalnya ramai yang mengesyaki hal tersebut berpunca daripada haiwan liar namun semakin banyak peristiwa yang berlaku di sekitar pulau tersebut dan keadaan tersebut semakin mencurigakan penduduk.

Chupacabra, Makhluk Penghisap Darah Haiwan Ternakan

Apa yang mencurigakan penduduk setempat pada waktu itu adalah setiap haiwan ternakan yang ditemui mati dilaporkan kering tubuh badannya seperti darah dalam badan dihisap sehingga kering. Sehinggalah akhirnya seorang paderi telah membuat upacara di sana untuk menghalau Chupacabra.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.